Thursday, December 30, 2010

Menara Eiffel

Apabila disebut tentang negara Perancis, apa perkara yang pertama terlintas dalam fikiran kita? Pasti ramai yang akan menyebut, “Eiffel tower!”. Ya, salah sebuah menara yang paling popular di dunia, menjadi ikon negara Perancis sejak ianya mula dibina hinggalah sekarang. Tetapi, apakah yang diketahui oleh orang ramai tentang menara ini? Mengapakah menara ini dibina? Siapakah yang mula-mula mendapat idea untuk mencipta menara sebegini? Bilakah pembinaan mula dijalankan? Baiklah,sebenarnya ini merupakan satu ‘review’ sebuah novel yang sangat menarik, yang menceritakan tentang sejarah pembinaan dan peristiwa-peristiwa di sebalik Menara Eiffel.

April320091103pmeiffelstower

Buku bertajuk  ‘Eiffel’s Tower and the World’s Fair, where Buffalo Bill beguiled Paris, the artists quarreled and Thomas Edison become a Count’. Ditulis oleh Jill Jones, seorang penulis yang popular dengan novel yang berunsurkan sejarah dan diceritakan dalam bentuk yang mudah difahami dan menarik

Wednesday, December 29, 2010

Durian

Haha…aku sebenarnya saje je nak membalas post seseorang yang menanyakan tentang durian. Nampaknya beliau bukanlah seorang peminat durian seperti aku. Oleh kerana ingin membela nasib durian yang selalu didiskriminasi kerana baunya yang tidak seberapa itu, aku pun dengan berbesar hati ingin menulis artikel tentang durian.

Menurut Wikipedia:

The durian (pronounced /ˈdʊəriən/) is the fruit of several tree species belonging to the genus Durio and the Malvaceae family(although some taxonomists place Durio in a distinct family, Durionaceae). Widely known and revered in southeast Asia as the "king of fruits", the durian is distinctive for its large size, unique odour, and formidable thorn-covered husk. The fruit can grow as large as 30 centimetres (12 in) long and 15 centimetres (6 in) in diameter, and it typically weighs one to three kilograms (2 to 7 lb). Its shape ranges from oblong to round, the colour of its husk green to brown, and its flesh pale yellow to red, depending on the species.

Terjemahan Bahasa Melayu:

Durian merupakan tumbuhan dari genus Durio yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Ia banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.

Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Buah ini boleh membesar sehingga 30 cm (12 in) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya mempunyai berat antara satu hingga tiga kg (2 hingga 7 lb). Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih.

Haha..ini sekadar definisi sahaja. Rasanya semua orang tau pasal ni. Kalau tak, maknanya bukan orang Malaysia ar. Siapa yang tak tau pasal durian? Dikatakan sebagai raja buah-buahan, terdapat eksklusif di Malaysia, Indonesia, Brunei, dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain. Durian merupakan salah satu buah yang mengeluarkan bau yang sangat kuat, dan bagi orang yang tidak biasa dengan baunya, mungkin dianggap meloyakan ataupun busuk. Tapi, percayalah, rasanya memang menakjubkan. Bagi penduduk Malaysia terutamanya orang-orang kampung yang mempunyai dusun durian sendiri, sudah tentu bau ini tidaklah menjadi masalah. Malah, ada juga yang berpendapat bahawa bau durian sebenarnya sangat sedap. Ini bergantunglah kepada pandangan seseorang terhadap buah durian…

durian1


Battle Royale

(Perhatian: Post ini hanyalah rekaan semata-mata. Sebarang persamaan dengan pihak-pihak tertentu adalah tidak disengajakan….)

Disebabkan oleh peningkatan masalah remaja yang semakin tidak terkawal lagi, saya ingin mensarankan kerajaan untuk melancarkan suatu program atau rancangan untuk menentukan nasib dan masa depan pelajar-pelajar ini. Rancangan ini sudah pun dilaksanakan dengan jayanya di Jepun dan didapati bahawa ianya memang berkesan untuk mengatasi lambakan penjenayah-penjenayah dalam kalangan pelajar, sekaligus menanamkan perasaan takut kepada pelajar-pelajar bermasalah yang lain.

Battle_royale

Program Battle Royale


Program ini bertujuan untuk menanam kesedaran dan memberi pengajaran kepada pelajar-pelajar yang bermasalah dan menimbulkan masalah kepada orang lain. Golongan sasaran bagi program ini adalah pelajar-pelajar yang mempunyai rekod jenayah berat seperti membunuh, cubaan untuk membunuh, terlibat dalam kegiatan gengster atau lain-lain kegiatan haram yang boleh mengancam nyawa orang lain, masalah-masalah sosial seperti dadah, pelacuran dan sebagainya, dan yang pernah membuang bayi secara kejam dan tidak pernah menyesali akan perbuatannya itu. Pelajar yang merasakan diri mereka cukup hebat dan tidak perlu lagi hidup di dunia ini juga boleh disenaraikan. Selain itu, pelajar-pelajar yang mempunyai masalah yang dianggap boleh mengancam masyarakat atau menimbulkan masalah yang besar kepada negara juga akan diambilkira. Sebarang rayuan untuk keluar dari program ini tidak akan dilayan kerana proses pemilihan akan dilakukan dengan sangat teliti dan mengambil kira semua faktor.

Monday, December 27, 2010

Wajah baru

Haha..sebenarnya takde idea nak tulis apa. Saja nak mengatakan bahawa blog ini sudah dikemaskini dengan layout yang baru. Kali ini, aku memilih layout yang agak simple dan kemas serta sedap mata memandang. Taklah terlalu gelap seperti layout yang dahulu. Harap dengan layout yang baru ini, aku akan lebih bersemangat untuk menulis dan mengemaskini blog ini secara konsisten..~

Wednesday, December 22, 2010

Apa yang dicari…??

Satu lagi entry yang tercetus apabila aku sedang sibuk melayari internet, dan sambil-sambil itu menjeling ke arah kaca televisyen. Ah, kecewa betul aku. Pertama, adalah satu rancangan berunsurkan komedi ni (komedi la sangat) yang banyak menggunakan istilah2 yang pada aku, tak patut digunakan secara terbuka. Ala, istilah2 yg digunakan oleh budak2 sekarang. Contohnya, c_k_ro. Fikirlah sendiri, aku pun malas nak tulis kat sini. Tak gemar betul aku mendengar ayat tu. Selalu pulak diulang-ulang dalam citer tu. Nampaknya, sesuatu yang dahulunya dirasakan janggal, kini semakin berani dilakukan oleh cerita-cerita tempatan. Kalau dulu2, ayat semua sopan santun je, baik, tak ade la wujud istilah2 yang pelik2. Kalau ada pun, selalunya ianya tak berkaitan dengan benda2 yang tak senonoh.



Sekarang, banyak sudah filem2 yang menggunakan masalah sosial remaja sekarang sebagai jalan cerita utama, kononnya nak memberi kesedaran dan pengajaran kepada remaja2. Hei, tolonglah. Itu adalah salah satu alasan paling tak munasabah yang aku pernah dengar. Ok, katanya nak menunjukkan realiti kepada masyarakat. Tapi, adakah ianya benar2 munasabah? Adakah dengan medium filem semata-mata, dan dengan menunjukkan paparan yg kononnya ‘realiti’ yang perlu ditonton oleh umum, dapat mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu? Bagi aku, ini merupakan satu persepsi yang adak kurang tepat. Baiklah, memang tidak dapat dinafikan bahawa filem2 dan cerita2 banyak mempengaruhi fikiran dan minda seseorang. Persoalannya, bagaimana sesebuah filem itu dapat mempengaruhi seseorang? Adakah pengajaran yang hendak disampaikan, betul2 sampai kepada penonton? Ataupun banyak unsur2 yang tidak bertamadun, yang dimasukkan semata2 untuk menarik perhatian penonton (terutamanya remaja, rasenyer orang tua dah tak nak tengok citer camni). Kenapa pemikiran banyak pengkarya filem di Malaysia yang berfikiran yang ‘kita perlu menunjukkan realiti sebenar kepada semua orang, kalau boleh lakonkan semuanya yang benar2 berlaku di kehidupan sebenar’. Huh, patutla banyak filem2 Malaysia yang sudah ber’rating’ 18 tahun ke atas. Ada jugak yang aku rasa tak patut disiarkan langsung. Tengok iklannyer jer pun dah membuatkan aku meluat. Tengok interview, di sebalik tabir, lagilah…tak sanggup nak tengok. Daripada aku jadi marah dan memaki hamun dalam hati, baik aku tak tengok terus.


Sunday, December 19, 2010

Realiti TV…realiti masyarakat..??

cable-television-tv-services

Wow..tak sangka, banyak pulak idea yang sedang bermain dalam fikiran aku sekarang ni. Setelah tiba-tiba terlihat sebuah rancangan realiti TV yang sedang disiarkan di Astro Ria, aku terasa ingin berkata sesuatu tentangnya. Rancangan realiti TV…adakah ianya menggambarkan realiti masyarakat…atau mungkin, mempengaruhi realiti yang akan dibawa oleh masyarakat?

Sejak baru-baru ini, semakin banyak rancangan realiti TV muncul, seperti peribahasa,”Bagai cendawan tumbuh selepas hujan”. Walaupun aku sendiri tidaklah terlalu meminatinya (tapi harus aku akui, aku juga pernah menonton rancangan2 sebegitu, semasa fikiran aku masih tidak terlalu matang lagi) tapi kalau lihat sahaja iklan, memang boleh dikatakan banyak rancangan realiti yang disiarkan di kaca televisyen. Kini, hampir setiap saluran TV mempunyai rancangan realiti masing2. Jika dahulu, amat jarang sekali kita dapat menontonnya. Kalau ada pun, banyak yang hanya melibatkan nyanyian. Tapi sekarang, genre itu semakin dipelbagaikan. Tarian, lakonan dan lain-lain lagi menjadi tarikan untuk menonton rancangan tersebut. Persoalannya, apakah sebenarnya mesej yang ingin dibawa oleh rancangan2 tersebut?


100_2986


Hiburan yang melalaikan

Selalunya, dan teramat selalu, rancangan2 sebegini memaparkan hiburan2 secara berlebih-lebihan. Kalau menyanyi, menyanyilah berjam2,kalau menari, menarilah berjam2. Setiap hari ditunjukkan latihannya, selepas itu di hujung minggu (atau mana-mana masa sekali dalam seminggu) ditunjukkan persembahannya pula (selalunya dalam bentuk konsert atau sewaktu dengannya). Banyak betul masa yang terbuang sekiranya ramai yang setia menonton rancangan ini pada waktu siarannya. Kadang-kala (atau mungkin selalu) sampai terlupa benda yang lebih penting atau perkara2 yang perlu lebih diutamakan. Contohnya, solat. Ya, berapa ramai antara kita yang lupa atau sengaja melewatkan solat semata-mata ingin menonton rancangan2 sebegini. Baiklah, mungkin bukan rancangan sebegini sahaja yang membuatkan orang lalai, tapi kira ramai jugak la yang leka disebabkannya. Bukankah terbaik jika solat dilakukan pada awal waktu? Zaman sahabat dulu, dengar sahaja laungan azan, maka terus gementarlah hati mereka, dan terus mereka bersegera ingin menunaikan solat. Sekarang ni? Bukan sahaja kita meng’ignore’nya, malah boleh lagi berhibur2 semasa waktu itu ! Mana kesedaran kita tentang agama? Hiburan itu tuhan kita?


Relativiti dalam ayat yang mudah



Albert Einstein's Theory of Relativity




In Words of Four Letters or Less





[ 0 ]

So, have a seat. Put your feet up. This may take some time. Can I get you some tea? Earl Grey? You got it.
Okay. How do I want to do this? He did so much. It's hard to just dive in. You know? You pick a spot to go from, but soon you have to back up and and go over this or that item, and you get done with that only to see that you have to back up some more. So if you feel like I'm off to the side of the tale half the time, well, this is why. Just bear with me, and we'll get to the end in good time. Okay?
Okay. Let's see....


[ I ]

Say you woke up one day and your bed was gone. Your room, too. Gone. It's all gone. You wake up in an inky void. Not even a star. Okay, yes, it's a dumb idea, but just go with it. Now say you want to know if you move or not. Are you held fast in one spot? Or do you, say, list off to the left some? What I want to ask you is: Can you find out? Hell no. You can see that, sure. You don't need me to tell you. To move, you have to move to or away from ... well, from what? You'd have to say that you don't even get to use a word like "move" when you are the only body in that void. Sure. Okay.
Now, let's add the bed back. Your bed is with you in the void. But not for long -- it goes away from you. You don't have any way to get it back, so you just let it go. But so now we have a body in the void with you. So does the bed move, or do you move? Or both? Well, you can see as well as I that it can go any way you like. Flip a coin. Who's to say? It's best to just say that you move away from the bed, and that the bed goes away from you. No one can say who's held fast and who isn't.
Now, if I took the bed back but gave you the sun -- just you and the sun in the void, now -- I'll bet you'd say that the sun is so big, next to you, that odds are you move and not the sun. It's easy to move a body like ours, and not so easy to kick a sun to and fro. But that isn't the way to see it. Just like with the bed, no one can say who's held fast.
In a word, you can't find any one true "at rest". Izzy was the one who told us that. Izzy said that you can't tell if you move or are at rest at any time. You can say that you go and all else is at rest, or you can say that you are at rest and all else goes. It all adds up the same both ways. So we all knew that much from way back when.
Aha, but now wait! The sun puts off rays! So: why not look at how fast the rays go past you? From that you'd see how fast you move, yes? For you see, rays move just the same if what puts them off is held fast or not. (Make a note of that, now.) Izzy had no way to know that, back then, but it's true. Rays all move the same. We call how fast that is: c. So, you can see how fast the rays go by you, and how far off that is from c will tell you how fast you move! Hell, you don't even need the sun for that. You can just have a lamp with you -- the one by your bed that you use to read by. You can have that lamp in your hand, and see how fast the rays go by you when you turn it on. The lamp will move with you, but the rays will move at c. You will see the rays move a bit more or less than c, and that will be how fast you move. An open-and-shut case, yes?
Well, and so we went to test this idea out. Hey, you don't need to be in a void to do this test. We move all the time, even as we sit here. We spin, in fact. So they shot some rays off and took note of how fast they went east, and how fast they went west, and so on. Well, what do you know? The rays went just as fast both ways. All ways, in fact. They all went at c, just the same. Not an iota more or less.
To say that we were less than glad to find that out is to be kind. It blew the mind, is more like it. "What is up with that?" we said. And here is when old Al came in.


Saturday, December 18, 2010

Remaja….sedarlah..

Rain_man_02

Tatkala hujan renyai-renyai sudah mula menunjukkan tanda-tanda hendak berhenti, dan sambil-sambil menunggu download2ku untuk habis, ada baiknya jika aku gunakan masa ini untuk sedikit penulisan di blog ini. Maklumlah, sudah lama tak dikemaskinikan. Agaknya, kalau dah bermula semester kedua nanti, blog ini akan kembali lengang dan bersawang.

Satu perkara yang sudah lama teringin untuk aku menulis tentangnya, iaitu tentang orang-orang seperti aku. Siapa ? Remaja. Ya, remaja yang dikatakan (memang betul pun) akan memimpin negara, dan mungkin juga dunia, pada masa akan datang. Remaja yang dijaga dengan teliti, dan diberikan pelbagai kemudahan, semata-mata kerana memikirkan tentang masa depan dan cabaran yang bakal dihadapi oleh remaja setelah menjadi dewasa kelak. Tapi, adakah cukup apa yang dilakukan sekarang ini? Adakah remaja benar-benar menjadi seperti yang diharapkan? Ataupun adakah akhirnya dunia ini akan hancur kerana kesilapan remaja-remaja ini ?


disaster_relief


Baiklah, tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja di negara kita. Ya, di negara kita. Ada pepatah mengatakan, jika kita ingin melihat sesebuah negara pada masa hadapan, lihatlah pada remajanya.  Tapi, berdasarkan pemerhatian aku, remaja sekarang lebih merisaukan dan bakal membawa sesuatu yang buruk pada masa hadapan jika keadaan ini tidak berubah. Apakah keadaan ini? Pemikiran dan perbuatan remaja yang semakin tidak bermoral dan lebih-lebih lagi, tidak menurut ajaran Islam. Kita sedia maklum, di negara ini, banyak kes-kes jenayah, maksiat dan lain-lain yang majoritinya dilakukan oleh orang Melayu (kalau tak silap, mengikut perlembagaan Malaysia, orang Melayu = orang Islam). Jadi, apa sebenarnya yang tidak kena dengan remaja kini? Apa yang menyebabkan mereka bertindak tanpa memikirkan impak yang bakal dihadapi? Mengapa utamakan keseronokan dan kenikmatan semata-mata tanpa memikirkan kesan buruk yang bakal menimpa masayarakat? Baiklah, aku hendak menceritakan salah satu faktor, mungkin yang paling utama, yang menyebabkan berlakunya fenomena seperti sekarang ini. Apa faktor itu? Pengaruh !


Friday, December 17, 2010

Je Ne Sais Pas~




Joyce Jonathan

Artiste: Joyce Jonathan
Chanson: Je Ne Sais Pas

Il y a des mots qui me gène des centaines de mots des milliers de rengaines qui ne sont jamais les mêmes

Comment te dire je veux pas te mentir tu m'attires et c'est la que ce trouve le vrai fond du problème

Ton orgueil tes caprices tes baisers des délices tes désirs des supplices je vois vraiment pas où ça nous mènes


Alors, on se raisonne c'est pas la fin de notre monde
Et à tord on se questionne encore une dernière fois

Je ne sais pas comment te dire j'aurais peur de tout foutre en l'air de tout détruire
Un tas d'idées à mettre au clair depuis longtemps
Mais j'ai toujours laissé derrière mes sentiments


Parfois je me dis que j'ai tors de rester si passive mais toi tu me regarde moi je te dévore
Et c'est parfois trop dur de discerner l'amour
Mon ami mon amant mon amour et bien plus encore


Alors, on se raisonne c'est pas la fin de notre monde
Et à tord on se questionne encore une dernière fois


Je ne sais pas comment te dire j'aurais peur de tout foutre en l'air de tout détruire
Un tas d'idées à mettre au clair depuis longtemps
Mais j'ai toujours laissé derrière mes sentiments
(x 2)


je te veux toi avec défaut et tes problèmes de fabrications
je te veux toi j'veux pas un faux pas de contrefaçons
j'veux pas te rendre pour prendre un autre
j' veux pas te vendre pour une ou deux fautes
je veux tes mots je veux ta peau c'est jamais trop
je te veux plus changer ta vie qui veut un autre un peu plus joli
je ne veux pas je ne veux plus jamais voulu
et puis t'es qui j'te connais pas t'as du rêver ce n'était pas moi
mes confusions tu les connais laissons tomber

comment te dire j'aurais peur de tout foutre en l'air de tout détruire
Un tas d'idées à mettre au clair depuis longtemps
Mais j'ai toujours laissé derrière mes sentiments

Je ne sais pas comment te dire j'aurais peur de tout foutre en l'air de tout détruire
Un tas d'idées à mettre au clair depuis longtemps
Mais j'ai toujours laissé derrière mes sentiments
(x 2)

Thursday, December 16, 2010

Bahasa Perancis

 

eiffel_tower_at_night_paris_france-normal

 

Haha…..akhirnya, setelah berabad tak membuka blog ini, akhirnya terbuka juga pintu hati aku untuk meng’update’ blog ini….sebenarnya aku dah agak lama melupai kewujudan blog aku sendiri. Sebenarnya, aku juga telah kehabisan idea untuk penulisan aku. Banyak perkara yang ingin aku tulis, tapi banyak juga pro dan kontra yang aku fikirkan jika aku menulis mengenai perkara tersebut. Nanti lah, setelah aku mempunyai ilmu yang cukup, barulah aku boleh menulis perkara-perkara yang lebih serius dan menarik. Buat masa ini, biarlah aku menceritakan pengalaman-pengalaman aku.

 

Kali ini, aku ingin menceritakan tentang satu bahasa yang aku pelajari dan aku banyak gunakan semasa di MFI. Bahasa apa..? Tentulah, bahasa Perancis…! Bahasa yang pada aku, jarang sekali dipelajari oleh orang di Asia ( selain dari Vietnam atau wilayah2 Indochina ) sebab kita banyak menggunakan bahasa Inggeris ( kerana kita merupakan bekas jajahan British ) sebagai bahasa kedua kita. Sebaliknya, negara-negara bekas jajahan Perancis (dan ada lagi beberapa negara yang masih di bawah jajahannya ) menggunakan bahasa Perancis sebagai bahasa kedua, dan kadangkala, bahasa utama mereka. Bahasa Perancis merupakan salah satu bahasa yang di’derive’ daripada bahasa Latin (selain dari bahasa seperti Sepanyol, Portugal, etc….).

 

Berdasarkan apa yang telah aku pelajari sekarang ini, maka boleh la aku katakan bahawa bahasa Perancis ini agak sukar, terutama dari segi tatabahasanya. Banyak perkara dan undang2 yang perlu diketahui. Banyak juga kekeliruan dari segi penggunaan ‘tense’ yang betul untuk situasi2 tertentu. Lagi satu, agak sukar untuk menguasai ‘phonetique’ atau sebutan perkataan2 dalam bahasa Perancis. Agak berbeza dari sebutan bahasa Inggeris mahupun bahasa Melayu. Yang rasanya ramai sedia maklum ialah sebutan ‘r’ dalam bahasa Perancis. Haha..memang agak janggal mula2 semasa nak menyebut ‘r’ tu. Tapi, lama kelamaan, ianya sudah sebati, sampaikan ayat bahasa Melayu pun tersalah sebut ‘r’ nyer…

 

Abjad-abjad dalam bahasa Perancis tidak banyak berbeza dari yang kita gunakan untuk bahasa Melayu dan Inggeris. A, B, C, D,…..hinggalah ke Z. Cuma sebutan sahaja yang berlainan. Dan ada juga tambahan, yang dipanggil ‘accent’ untuk beberapa abjad. Contoh :

 

Accent aigu ( ´ ) : é

Accent grave ( ` ) : à, è, ù

Accent circumflex( ˆ ) : â, ê, î, ô, û

Tréma ( ¨ ) : ë, ï, ü, ÿ

Cedilla ( ¸ ) : ç

Terdapat beberapa huruf yang mempunyai sebutan yang berbeza, bergantung kepada ‘accent’ nyer…ada juga yang tidak mengubah bunyi huruf tersebut. Accent juga diletakkan untuk membezakan dua perkataan yang mempunyai sama ejaan, tetapi berlainan maksud. Contoh paling mudah:

ou – atau

où – di mana

Accent grave di huruf ‘u’ telah membolehkan kita membezakan maksud sebenar perkataan tersebut, samada ‘atau’ atau ‘di mana’.

Baiklah, cukuplah dengan asas2 tu. Aku ingin berkongsi satu video yang sangat menarik (dan kelakar) untuk anda semua. Bolehla dengar sendiri bagaimana orang Perancis bercakap~