Monday, November 28, 2011

Final

320667_10150380040748757_729013756_8449105_594454009_n

Sedar tak sedar, semester tiga bakal berakhir tidak lama lagi. Kepada semua rakan2 Pf9 dan adik2 PF10 yang bakal menghadapi peperiksaan akhir semester, sy ingin mengucapkan selamat berjaya..jawab soalan dengan tenang, jangan kelam-kabut, gunakan masa yang diberikan dengan baik dan jangan stay-up lame2 sangat pada malam sebelum exam. Semoga kita semua dapat melepasi moyenne minimum,Insyaallah~

Friday, November 25, 2011

Moments in PF9E(S3)

Buku Elektrik di depan mata..memikirkan pasal test esok...membayangkan tentang exam final minggu depan..tiba2 teringat pula pada blog yang sudah lama ditinggalkan. Um, dah lama tak menulis. Sebab macam takde apa yang nak dituliskan. Atau mungkin kerana masa yang tak mengizinkan (cewah, walhal banyak masa lapang). Sempena dengan semester 3 yang bakal berakhir dalam beberapa hari lagi, teringin pula untuk mengimbas kembali saat2 yang membuatkan semester  3 ini terasa sekejap sahaja berlalu. Kenangan2 manis, pahit, kejutan, gelak ketawa, kesedihan, dan macam2 lagi. Semuanya datang kembali, walaupun hanya bayangan yang kurang tepat. Walaubagaimanapun, terasa ingin mencatatkan semua kenangan ini (walaupun tak detail, dan tak mengikut kronologi)…

- Awal semester..waktu paling ‘seronok’. Kembali berjumpa rakan2, lecturer2, buku2, dan kembali belajar dengan serius.

- Berjumpa dengan junior. PF10. Sangat seronok dan berbangga dapat junior yang sebanyak ni..haha…pecah rekod Pre France. Nampaknya masih ramai yang berminat dengan program ni (walaupun kbanyakan dari diorang mengaku tak pernah terfikir pun nak amek program ni..sume ‘terklik’ aje…)

- Berjumpa pulak dengan senior. Dapat berkenalan dengan mereka yang telah pergi ke Perancis dan mereka banyak berkongsi pengalaman dengan kitorang. Sangat banyak info2 yang berguna. Terasa lebih bersemangat untuk belajar dengan lebih bersungguh2.

- Iftar PF9 dan PF10. Hasil kerjasama dari student2 PF, kami telah berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa yang besar2an ini (agak ar). Dengan pertolongan dari seorang lecturer tercinta, semuanya berjalan dengan lancar (walaupun ada beberapa masalah, tapi, biasa la…takkan semua berjalan dengan baik kan ?). Pertama kali belajar cara mencuci ayam dengan betul..haha…~

228900_258923260803579_100000577200357_944503_1548827_n

- Berbuka puasa dengan senior2. Best, sebab diorang belanja..haha…~

- Jamuan raya. Memang yang paling gempak pernah dibuat. Kambing seekor jadi mangsa..haha..~(tapi memang sedap giler…bbbaloi bayar agak mahal). Lagi meriah sebab ada aktiviti waktu siang, dan jamuan tu pulak pada waktu malam. Lagi best sbb dapat jadi AJK untuk aktiviti siang tu (first time kot). Walaupun agak kabut dan tak berapa bersedia, tapi Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar (walaupun ada tragedi sikit, tapi, biasa la tu). Malam jamuan tu pulak dihidangkan dengan makanan yang sedap2 dan persembahan dari PF9 dan PF10. Sangat menghiburkan.

- Oh ya, berpuasa di bulan Ramadhan dengan kawan2. Memperkenalkan sistem pembelian makanan yang sangat menjimatkan untuk semua ahli bilik. Hahaha…nasi masak sendiri, tinggal beli lauk jer. Memang best, dan memang rasa dapat lebih rapat dengan sume roommate.

-  Pergi Red Wok dengan classmate serta seorang lecturer. Um,sangat  berbaloi dengan harga yang dibayar. Macam2 makanan ada sampai tak tau nak buat pilihan. Memang kenyang pada tahap yang maksima malam tu..haha..~

- Diperkenalkan dengan permainan Belote dalam kelas French. Tak sangka kena belajar jugak benda tu. Permainan yang menggunakan kad, dan banyak menggunakan taktik dan strategi. Sangat sedikit elemen nasib dalam permainan ni. Sejak kelas ni, setiap setengah jam (lebih kurang) terakhir kelas tu akan digunakan untuk main Belote..

- DELF B2. Ya, sangat best (serius). Walaupun sekejap, tapi dapat pengalaman yang sangat berguna. Peringatan kepada diri sendiri yang masih lemah dalam bahasa Perancis.

- Main Counter Strike beramai2. Siap buat team ikut bilik. Walaupun selalu jugak kalah (sebab team lagi satu mmang terer) tapi still enjoy jgak. After all, it’s about having fun, right?

- Akhir sekali, di hari akhir, tengok movie dalam kelas French yang terakhir untuk sem ni. Walaupun tak faham 70% apa yang diperkatakan dalam filem tu (sebab xde subtitle), tapi sangat enjoy. Tengok movie sambil makan2 snek. A great way to end the classes of this semester!~

Banyak lagi kenangan2 manis yang dilalui sepanjang kira2 6 bulan ini. Tapi, tak larat nak tulis semua (walhal tak ingat pun semua..haha..~). Apa2pun, this was a really great semester. The pressure is higher, but I had some really good time. Hopefully, I can pass the exam of this semester. Dan tak sabar untuk meneruskan ke semester terakhir tahun depan..!!~

Tuesday, November 1, 2011

NICE…

Hahaha..inilah apa yang terjadi bila terlalu bosan dan xde idea nak update apa untuk blog ni…tgah2 nak belajar menggunakan Photoshop, so bleyh nampak ar yang gambar diedit dengan sangat tak kemas dan sangat comot…just a concept utk cover novel yang mungkin atau tidak ditulis dan dipublish..haha..~ Ada idea jer, tapi disebabkan langsung takde pengalaman menulis novel (ditambah dengan pengalaman banyak merancang dan ada idea utk buat ssuatu tapi tak pernah menjadi), tidak ada jaminan yang akan ada walaupun sedikit penulisan buku ni…tapi cam best jer kalo bwat ‘teaser’..haha…~

 

cover concept

Nice ? Apa tu..? Baik…? Bagus..?

“Masuk program ni, bahaya tau ! Tak sama dengan program lain..”

“PF ? Apa tu? Tak pernah dengar pun..”

“Kalau setakat nak main-main, tak payah ar masuk…baik keluar je sekarang..”

Nice. Tempat ianya bermula. Pertemuan. Perpisahan. Bersama mengejar, bersama mencapai. Susah dan senang. Tawa dan tangisan. Disini kita belajar…tentang kehidupan..peralihan ke alam dewasa. Dari pelajar sekolah menengah, kepada pelajar universiti.  Di sini, apa-apa sahaja boleh berlaku. Yang buruk, menjadi lebih baik, tetapi kadangkala, dari baik menjadi lebih buruk. Kata orang, hidup ini bagaikan roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Itulah kehidupan.

“Ingat, setiap bangunan memerlukan asas yang kukuh. Disini, kamu sedang membina asas yang diperlukan. Kamu ada bahan-bahannya. Kamu ada alatan-alatannya. Binalah asas yang kuat, kerana kamu akan dapat membina bangunan yang lebih tinggi dengan mudah…”

Saturday, October 1, 2011

Risau…


depressed-and-worried
Aku sangat mudah risau tentang sesuatu…sekarang, aku sangat risaukan tentang sesuatu…1001 perkara boleh berlaku…aku cuba mengharapkan yang terbaik, tetapi aku bukanlah penentu segala-galanya…tenanglah wahai hati….doakan yang terbaik untuknya…..

Monday, September 26, 2011

Kecewa

Alone in the City

Yeah, I deserve it……

Wednesday, September 7, 2011

Bakat

Semua orang ada bakat. Dimana-mana dan siapa-siapa sahaja yang saya jumpa, saya dapat lihat apakah bakat mereka. Tapi saya….?

Monday, August 15, 2011

Iftar bersama senior

Ya..tadi baru sahaja berbuka puasa bersama senior2 yang tercinta…ramai jugak senior yang datang. Ada yang dari program PF, ada dari INTEC dan tak kurang juga ada yang berada di bawah tajaan Petronas. Secara keseluruhan, kami berasa sangat gembira dan terharu dengan jemputan ini. Dapat juga berkenalan dengan senior2 yang masih lagi belajar di sana, dan meraatkan lagi ukhuwah antara junior dan senior. Moga hubungan ini dapat berkekalan hingga bila2..Apa2pun, jutaan terima kasih diucapkan kepada senior2 kerana sudi mengadakan majlis seperti ini..~

294633_10150267165433892_691263891_7702630_549737_n295313_10150267166023892_691263891_7702647_4055492_n
Tunggu waktu berbuka…..~

223718_10150267166928892_691263891_7702661_5241038_n226068_10150267167033892_691263891_7702662_303672_n228933_10150267167928892_691263891_7702673_7362927_n262593_10150267167113892_691263891_7702663_6606175_n























Makanan2 berbuka puasa..



226133_10150267176048892_691263891_7702857_6050734_n
Bersembang2 sebelum pulang…

Iftar [BBQ] PF9 & PF10

Hari Sabtu, 13 Ogos 2011, pelajar2 Pre France 9 & 10 dengan jayanya telah mengadakan majlis berbuka puasa beramai-ramai di UniKL-MFI. Walaupun majlis ini berlangsung pada hari Sabtu, sudah tentu perancangan dan pelaksanaan telah lama dilakukan. Alhamdulillah, walaupun terdapat banyak halangan dan dugaan serta masalah-masalah yang tidak dijangka (eh, ada ker?) tetapi majlis ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya.
Penglibatan aku sendiri dalam majlis ini bermula pada hari Jumaat, di mana kelas kumpulan Elektrik telah tamat sebelum solat Jumaat. Oleh itu, selepas solat Jumaat, kami ditugaskan untuk mencuci ayam2 yang telahpun dibeli. Tak ingat berapa, tapi ayam yang ada memang banyak. Kerja mencuci telah berjalan dengan lancar, walaupun ada antara kami tidak berpengalaman dalam mencuci ayam (aku sendiri terutamanya..haha..~).

228900_258923260803579_100000577200357_944503_1548827_n
Cuci ayam....


Setelah siap mencuci ayam, ketua chef kami, Mr. Syukri menyediakan bahan2 untuk memeram ayam2 itu…nampak agak mudah dan senang. Setakat masukkan2 dan campur2kan bahan dan segala jenis sos…tapi hasilnya memang nampak menyelerakan. Apatah lagi setelah ayam2 itu dibiar berendam didalamnya selama semalaman…..
Keesokan harinya, awal2 lagi lagi telah ada orang yang ditugaskan untuk membeli barang2 utk petang itu. Kira2 pukul 4 petang, rasanya kerja2 membakar telah dimulakan (aku kurang pasti sebab aku pergi dlam pkul 5.30 petang). Tetapi, semua nampak bersemangat melaksanakan tugas masing2. Ada yang membakar, ada yang mengemas, ada juga yang bertindak sebagai logistik (angkat2 dan hantar barang), nampak ada semangat dan kerjasama antara semua pelajar2 PF9 dan PF10.

photo0368
photo0372















Bakar2...~~



photo0379photo0380254733_10150265581363892_691263891_7683028_1371742_n


Waktu berbuka puasa..! Ya, walaupun telah masuk waktu berbuka, kerja2 membakar masih dilaksanakan dengan begitu bersungguh-sungguh sekali. Sementara itu, Mr. Syukri menyediakan pencuci mulut yang istimewa. Menurutnya, ianya merupakan ‘signature dish’ beliau..namanya ‘Crêpes Cherry Jubilee’ atau dalam bahasa Perancis ‘Crêpes aux Cerises Jubilée’. Ramai yang berduyun2 melihat beliau menyediakan hidangan itu, dan ramai juga yang ingin membantu.

292141_10150265581698892_691263891_7683034_7095697_n294917_10150265581033892_691263891_7683022_1135475_n
photo0376



292442_259033654125873_100000577200357_945080_973080_n
The lecturers.....


Ramai juga lecturer yang sudi datang pada majlis itu. Walaupun tak semua, tetapi sudah cukup untuk memeriahkan lagi majlis itu. Pada penghujung majlis, sesi mengambil gambar berjalan dengan aktif sekali. Agak kecoh, dan suasana menjadi agak bising. Ambil gambar beramai2, bersama dengan lecturer…dan kemuncaknya, gambar beramai2 semua pelajar PF9 dan PF10.

285509_10150265594203892_691263891_7683250_6491377_n



Les electriciens..!!~

Keseluruhannya, majlis telah berjalan dengan baik dan begitu meriah sekali. Setinggi2 penghargaan dan tahniah kepada ADEPF yang telah berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya. Tidak dilupakan juga lecturer2 yang banyak membantu, dan pelajar2 PF yang telah bersama2 berganding bahu dan berkorban duit, masa dan tenaga untuk menjayakan program ini. Semoga hubungan silaturrahim dan ukhuwah yang telah terjalin dapat berkekalan..~

295104_10150265594693892_691263891_7683264_5358669_n
PF9 et PF10 (et les professeurs)

Sunday, August 14, 2011

1000000 rakyat Malaysia ingin KTMB berubah….

1



Tiba-tiba terlihat satu page di FB, “1000000 rakyat Malaysia ingin KTMB berubah”, terlintas pula di fikiran untuk membuat satu post tentang KTMB. Oh, bukan tentang KTMB pun, tetapi tentang kita, pengguna, semasa menggunakan perkhidmatan KTM. Sebenarnya, sejak beberapa tahun menjadi pengguna yang setia, dah macam2 perkara dan peristiwa yang telah dilihat dan dialami. Sudah pasti, pengguna lain pun telah mengalami pelbagai perkara sepanjang anda menggunakan KTM. Jadi, jika kita ingin KTMB berubah, kita pun sedikit sebanyak perlu mengubah sikap kita sendiri…


1. Tunggu orang yang hendak meninggalkan keretapi keluar dahulu, barulah kita masuk.

 Walaupun selalu diingatkan, tapi bab ini yang banyak orang kita tak nak ikut. Jangan pentingkan diri sendiri dan merempuh masuk tanpa memikirkan orang yang ingin keluar. Ini akan menimbulkan lebih kesesakan dan menyusahkan orang lain.


2. Gunakan logik akal dan agaklah betapa besar sebenarnya keretapi itu.

Melainkan anda ada hal yang betul2 ‘urgent’, tak perlulah memaksa diri untuk masuk ke dalam koc yang sudah penuh. Tapi, jika anda ada hal yang betul2 urgent pun, rasanya anda takkan memilih untuk menggunakan KTM. Tapi, kalau nampak macam dah penuh, janganlah memampatkan lagi keadaan di dalam keretapi.


 3. Gunakan bahasa yang sopan jika ingin menegur orang, dan jangan membangkang jika ditegur.

Bagus kalau kita menegur orang lain. Tapi pastikan juga teguran itu berhikmah dan tidak terlalu kasar. Boleh jadi orang tak nak ikut sebab kita guna ayat2 yang tak berapa sedap didengar. Kepada yang ditegur pula, janganlah cepat melenting. Boleh jadi anda memang bersalah dan tidak menyedarinya…


4. Jaga adab, anda boleh dilihat oleh orang lain…

Sila ingat, KTM ni bukan rumah anda, apatah lagi bilik tidur. Jadi, jagalah perangai dan kelakuan di dalam keretapi. Peringatan terutama kepada mereka yang suka membuat aksi-aksi yang tidak berapa enak mata memandang, dan pada mereka yang suka berbual2 dengan kuat macam nak suruh satu koc dengar perbulan mereka. Ingatlah, orang lain pun perlukan ruang masing-masing. Jadi, tak perlu gelak ketawa kuat2 sampai menganggu ketenteraman orang lain..


5. Jika rasa mampu, jadilah konduktor sementara


Ini memang orang yang sangat berdedikasi. Bagus jugak, sebab kadang2, manusia ni kena diingatkan, kalau tak, mulalah nak ikut kepala sendiri. Jadi, siapa rasa ada suara yang lantang dan mampu membuat orang terikut, maka janganlah ragu-ragu. Anda mungkin membantu penumpang2 lain yang tidak mampu menyuarakan pendapat mereka…


6. Koc wanita, untuk wanita sahaja…

Untitled

Harap-harap tidak ada lagi orang yang keliru dengan kedudukan sebenar koc wanita. Selalunya, keretapi tipikal akan mempunyai 3 koc, dan koc tengah2 merupakan koc wanita. Jadi, kepada mereka yang merasakan diri mereka lelaki, jangan pula nak mencuba2 masuk ke dalam tu. Ada dua lagi koc yang boleh dimasuki. Rasanya, cukup jelas sticker2 dan tanda2 dlam bahasa yang berlainan Jadi, tak ada alasan lagi untuk tersilap masuk ke dalam koc wanita. ..

Kesimpulannya, masih banyak lagi perubahan yang perlu dilakukan oleh kita sendiri. Jadi, bersopan-santunlah dan ikutlah peraturan2 yang telah disediakan oleh pihak KTM..dan yang paling penting, banyakkan bersabar…….~

Tuesday, July 26, 2011

Mula menaip kembali..

 

typing

 

Alhamdulillah, setelah lama tidak menaip, rasanya sekarang ada banyak peluang dan masa untuk menaip lebih banyak lagi. Idea masih dalam pemikiran dan belum direalisasikan. Mungkin selepas ini akan ada entri berbentuk cerita atau cerpen, dan beberapa entri fakta. Dan mungkin akan ada perubahan dalam cara penyampaian dan penulisan. Atau mungkin sekali setiap entri tidak mempunyai gaya yang sama. Banyak eksperimen perlu dilakukan untuk mencari satu sistem yang optimum untuk penulisan dalam blog ini. Setakat ini, azam untuk menambah post dalam blog ini masih belum menjadi nyata. Sekarang, dengan kemudahan yang ada, InsyaAllah, akan ada penambahan entri dalam blog ini….

Monday, July 25, 2011

Waiting……

Waiting_by_techoveride

I’m waiting…for something..even if it takes forever…..

Tuesday, July 19, 2011

Eternise-moi



French

Éternise-moi

Naïve et faible
Elle a le cœur pour me plaire
Elle m’attire
Et j’en crève
Elle est plus qu’un mauvais rêve
Une seule envie
Le voir dans mes insomnies
Viens voler ma vie
Dans l’antre de mes nuits
Je m’approche, elle devrait se méfier
Je n’ai pas, je n’ai pas peur, je le laisse m’hypnotiser
C’est comme si elle m’offrait ses pensées
Je le laisse me blesser
Trahis mes émotions, sacrifie ma raison
Éternise-toi
Éternise-moi
Condamne-moi d’un regard
À saigner pour t’avoir
Éternise-toi
Éternise-moi
Rends-moi insensible
Je ne veux plus rien ressentir
Fais de ma peine une cible, vise-la pour me guérir
Sa douleur m’inspire, mais je renais dans ses sourires
Comment la priver de son humanité
Tu perdrais tout pour l’éternité
Fais de moi, fais de moi
L’élu et aspire mon âme sans regrets
Quitte à mourir pour exister
Sors de moi d’un baiser
Trahis mes émotions, sacrifie ma raison
Éternise-toi
Éternise-moi
Condamne-moi d’un regard
À saigner pour t’avoir
Éternise-toi
Éternise-moi
Elle est devenue mon essentiel
Je n’ai plus le choix, elle m’appelle
Mon enfer rejoint le ciel
Elle, elle, elle
Il me glace de l’intérieur
Crucifie ma peine et mes peurs
Je me sens déjà ailleurs, ailleurs
Trahis mes émotions, sacrifie ma raison
Éternise-toi
Éternise-moi
Condamne-moi d’un regard
À saigner pour t’avoir
Éternise-toi
Éternise-moi
English

Eternize me (ft. Eskemo)

Naive and weak
She's got a heart to appeal me
She attracts me
And it makes me die
She's more than just a bad dream
Just one urge
To see him in my sleepless nights
Come and steal my life
Into the den of my nights
I'm getting closer, she should watch out
I'm not, I'm not scared, I let him mesmerize me
It's like she's giving me her thoughts
I let him hurt me
Betray my emotions, sacrifice my reason
Eternize you
Eternize me
Sentence me, with one look,
To bleed to get you
Eternize you
Eternize me
Make me insensitive
I don't want to feel anything anymore
Turn my sorrow into a target, aim at it to cure me
Her pain inspires me, but I come back to life in her smiles
How am I to deprive her of her humanity
Tu would lose everything for eternity
Make me, make me
The chose one and suck up my soul with no regrets
Even if it means dying to exist
Get out of me with a kiss
Betray my emotions, sacrifice my reason
Eternize you
Eternize me
Sentence me, with one look,
To bleed to get you
Eternize you
Eternize me
She became my essential
I no longer have the choise, she's calling me
My hell is joining with the sky
Her, her, her
He's freezing me from the inside
Crucify my sorrow et my fears
I already feel like I'm someplace else, someplace else
Betray my emotions, sacrifice my reason
Eternize you
Eternize me
Sentence me, with one look,
To bleed to get you
Eternize you
Eternize me

Monday, June 13, 2011

Menunggu...


DELF B1 - Shafiq Daniel SABARI - 1420

Huh,lame lagi.......tunggu la nampaknya....

Saturday, June 11, 2011

Tinggal kenangan..



Tak sangka....kami tidak dapat bersama lagi...sungguh sekejap masa berlalu, terasa bagai semalam baru menerima dan bermain buat kali pertama laptop milik sendiri...

Tapi, ujian menimpa apabila dia disambar petir kerana terlupa untuk menutupnya tatkala hujan lebat. Setelah dibaiki, dia pun berfungsi kembali. Lega sungguh pada masa itu. Aku memang bercadang untuk membawanya ke universiti bersamaku, tetapi terpaksa menangguhkan hajatku itu disebabkan dia telah menjadi kegunaan keluargaku.

Lalu, tanpa disangka-sangka, peristiwa yang sama berlaku lagi. Memang mengejutkan. Aku mengharapkan yang dia dapat dibaiki dengan segera, tetapi, ternyata aku silap. Dia tidak mungkin dibaiki dengan percuma lagi seperti yang dulu. Aku berusaha untuk berunding dengan pihak Dell, tetapi ternyata tidak ada lagi yang mampu dilakukan. Perlukan pembayaran yang agak menyakitkan untuk membaikinya.

Semua menjadi lebih teruk apabila aku berusaha sendiri untuk mencari kedai yang mampu menggantikan 'motherboard' dengan harga yang lebih murah. Setelah puas mencari, aku menjumpai sebuah kedai yang baru dibuka. Aku amat menaruh harapan sehingga sanggup meninggalkan dia di kedai itu. Keesokan harinya, aku ditelefon dan diberitahu bahawa dia boleh dibaiki, dengan harga yang amat murah. Aku hanya boleh mengambil dia pada hari seterusnya. Pada hari Jumaat, aku datang ke kedai itu, tetapi dimaklumkan aku boleh mengambil dia selepas pukul 7. Kemudian, aku datang lagi pada waktu yang ditetapkan, tetapi disuruh pula datang pada hari keesokannya. Walaupun agak marah, aku cuma mampu bersabar, kerana itu cuma satu-satunya harapan bahawa dia dapat dibaiki.

Aku tidak dapat mengambil dia sendiri. Ibu mengatakan bahawa dia akan mengambilkannya untukku, selepas aku dihantar kembali ke universiti pada hari ini. Tetapi, alangkah terkejutnya aku bila diberitahu bahawa sebenarnya, harga untuk menggantikan motherboard itu jauh lebih mahal dari yang diberitahu pada mulanya. Aku berasa sungguh kecewa. Kini, sudah pasti lagi yang dia tidak akan diselamatkan. Cuma aku berharap, hard disknya masih lagi elok dan data2 yang disimpan didalamnya masih boleh dibaca. Nampaknya, lama lagilah aku akan merasa kembali memiliki sebuah laptop kepunyaan sendiri. Terpaksa kuteruskan seperti dulu, iaitu meminjam sahaja dari rakan sebilik........

Selamat tinggal Inspiron 1440...semoga kau akan bahagia dan di'recycle' kembali menjadi barang2 yang berguna...~

Thursday, June 2, 2011

Masih belajar..

Wah, akhirnya dapat juga membersihkan 'sawang2' di blog ini...hmm, setelah peperiksaan terakhir semester 2, baru terfikir, " banyak lagi kekurangan rupanya...".Cara belajar, cara mengambil nota, teknik mengulangkaji, semuanya perlu dilihat kembali dan perlu ditambah baik. Jika dilihat balik nota, memang nampak berserabut. nasib baiklah masih boleh dibaca dan digunakan sebelum peperiksaan hari itu. Bukan ini sahaja, nampaknya 'soft skills' pun masih banyak yang tidak diperolehi atau masih tidak mencapai tahap yang memuaskan. Communication skills, jangan cerita ar. Masih lagi di tahap yang lama (walaupun rasanya ada sedikit perubahan positif). Blogging, nampaknya perlu diubah sedikit gaya. Selama ini, terlalu ingin mengikut gaya orang lain. Sekarang, rasanya lebih baik kalau menulis post yang pendek tapi dapat ditulis secara konsisten berbanding post yang panjang tetapi jarang dikemaskini (kerana terlalu lama memikirkan idea).



Belajar ini sesuatu yang menyeronokkan, bukan? Walaupun tidak semua yang kita belajar akan diiktiraf dengan sijil atau anugerah yang signifikan, tetapi itu tidak menghalang kita dari terus melakukan pembelajaran dalam apa-apa bidang. Tidak kiralah, secara rasmi ataupun tidak rasmi. Dari kecil lagi, hidup kita dimulakan dengan belajar. Kita belajar bernafas, melihat, menyentuh, merasa, dan macam2 lagi yang membolehkan kita hidup normal seperti manusia biasa. Membaca, menulis, mengira, semuanya diajar ketika kita masih kecil. Kemahiran hidup juga perlu kita pelajari, seperti membaiki, bertukang, berkebun dan sebagainya. Banyak bukan yang kita pelajari? Jika difikirkan kembali, memang sangat menakjubkan apa yang seorang manusia mampu belajar dalam hayat mereka. Begitu banyak perkara yang kita belajar dalam masa yang boleh dikatakan agak singkat. Banyak juga yang boleh kita belajar secara serentak dalam satu-satu masa.

Proses pembelajaran juga merupakan suatu proses yang berterusan. Kadangkala, proses ini memang tiada pengakhiran. Apabila kita merasakan kita sudah mengetahui segala-galanya, baru kita sedar bahawa ada banyak lagi yang perlu kita pelajari. Benar, bukan? Seorang doktor pasti masih ada banyak perkara yang perlu dipelajari walaupun sudah lama menjadi doktor. Seorang jurutera sentiasa belajar untuk melakukan pekerjaannya dengan lebih efektif dan efisien. Seorang penulis sentiasa mempelajari bagaimana untuk menyampaikan idea dengan lebih baik dan berkesan (pesanan untuk diri sendiri juga..masih banyak yang perlu dipelajari..)

Sebenarnya, apa yang cuba disampaikan untuk entri kali ini? Ha, ini cuma peringatan kepada diri sendiri yang masih banyak ketinggalan dalam pembelajaran kemahiran2 yang penting dalam hidup. Akademik tidaklah terlalu susah untuk dipelajari, tetapi kemahiran hidup, bagi diri ini, kadangkala boleh menjadi perkara yang terlalu sukar. Mungkin sebab tidak ada kebiasaan, atau sebab sifat diri yang kurang keberanian dan kekuatan.  Insyaallah, sekarang masih belum terlambat untuk memulakan pembelajaran dan terus mengaplikasinya dalam kehidupan seharian. Oh ya, teringat kata-kata pensyarah subjek Elektrik, Mr Syukry. Tak ingat sebenarnya macammana, tapi maksudnya lebih kurang begini, "Kalau belajar, biarlah dapat mendekatkan diri kepada Allah. Janganlah kejayaan membuatkan kita semakin jauh dari Allah." Harap2 kita tidak menjadi seperti itu. Ingatlah, ilmu kita yang tak seberapa ini hanya dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Bila2 masa sahaja boleh diambil tanpa kita sedari. ~

Wednesday, March 9, 2011

Lelaki

 (Cuma meluahkan perasaan seta memberi nasihat dan peringatan kepada mereka yang bergelar lelaki.(terutamanya diri ini..).)





  



Lelaki
Lahirnya lelaki dengan 1001 tanggungjawab
Memimpin, mendidik, membimbing
Menjadi pelindung kepada kaum Hawa
Menjadi ketua dalam keluarga
Menjadi pemimpin negara
Menjadi pejuang untuk agama

Tetapi
Berapa ramai yang sudah lupa diri
Mengejar nafsu yang tiada berhenti
Mencari keseronokan atas penderitaan orang lain
Mempermainkan perasaan seperti suatu kebiasaan
Banyak berjanji, tapi jarang menepati
Sepatutnya melindungi wanita
Kini
Menjadi sebab penderitaan mereka
Menyalahgunakan kuasa
Menjadikan daya dan tenaga
Sebagai alat untuk mengawal
Mengambil kesempatan
Bagai tiada lagi perikemanusiaan

Kononnya cinta
Tapi banyak yang palsu belaka
Kononnya sayang
Tapi keseronokan sahaja yang terbayang
Kononnya sejati
Tapi iman masih belum mantap di hati
Cinta dipermainkan
Wanita dipergunakan
Hidup dipersiakan
Islam diketepikan
Tanggungjawab dilepaskan
Akhirat dilupakan

Dunia banyak menipu kita
Kerana dunia, kita lupa
Kerana dunia, kita leka

Lelaki
Sedarlah
Kita di sini ada misi
Kita di sini kerana perintah-Nya
Menegakkan syiar Islam
Menjadi pejuang di barisan hadapan
Bukannya tersungkur dihanyut arus keduniaan
Di bawah Islam kita bersatu
Bukannya menjadi lemah kerana nafsu
Kerana Islam kita berjuang
Bukan kerana wang
Bukan kerana kuasa
Dan yang paling penting
Bukan kerana dunia

Panduan sudah tersedia
Adakah kita mahu menafikannya?
Senjata sudah diberi
Apa lagi yang kita cari?
Syurga menanti kita
Adakah wajar kita melepaskannya?
Kerana dunia yang sementara?
Untuk nikmat yang tak seberapa?

Ingat, kita hanya ciptaan-Nya
Kita adalah hamba-Nya
Adakah patut seorang hamba melawan tuannya?

Sunday, March 6, 2011

Being yourself

As I am writing this first post in English, let me just remind you that it had been awhile since I last used English in my writing. Thus, expect to find a lot of grammatical error, wrong usage of words, and other mistakes that, for me, may be normal, but maybe for you (particularly if you have a certificate in English related exams) if it is unforgivable, then I can only say sorry. Do carrect my mistake, if you want. All corrections are welcomed.

Right, so what it is exactly that I'm going to talk about? It's about being yourself. It's about having your own vision of what you'll do, what you'll become, and what you should become. First of all, in Islam, there's a complete guide of how to be a good person. There has also been a role model for all of us to follow, that is Rasulullah s.a.w. So, there should not be any complaint of not having someone to follow, or someone as a guidance. Sadly, a lot of teenagers nowadays have a tendency to follow a 'not so good' role model, such as artists, singers, corrupted politicians,etc. Worse enough, if they know that it is wrong, but didn't want to change. Now, it is not all wrong to follow someone who is other than our prophet, but of course, be wise on your choice.

For me, it can be said that the problem that occurs in our teenagers (including me) is the fact that we easily influenced by other people. For example, smoking which has been a real problem to our teenagers usually came to them because of the influence of other people. So are some other problems. Our learning sometimes also influenced by our surroundings (our friends). By learning, I mean learning other things than in our studies (for example : music, games, politics). If you have a friend that is playing guitar everydays as your roommate, then it is not surprising, one day, that you want to learn to play guitar as well, right? Ok, this is not so bad. But, let's say that it is something that is bad. I don't know what, but you just imagine. Whatever it is, we'll have a tendency to try follow what they are doing (especially if it is interesting, even if it's wrong). Of course, this doesn't apply to everyone. It depends on how well, or how strong you are as yourself.

So, why is exactly we behave like that? Are there something that cause us to have the feeling of wanted to be like someone else ? Why is it so hard for us to resist it ? Well, one of the reason is maybe because we want to have the sense of belonging. We always assume that if we want to belong to a group, we need to be like the group. You want to be friend with musicians, you need to be musicians. If you want to be friend with intellectuals, you need to be someone intellectual, isn't it? But, sometimes, (teenagers particularly) misunderstood this concept by thinking that if they want to be friends with a group of people which is corrupted, then you need to be corrupted as them as well. But of course, the correct thing to do is not to befriend them at all. Or if you want to befriend them, make sure that you are the one to change them to a much better state. You need to realise which is right, and which is wrong. You need to know that while it is fun to be appreciated by a lot of people, but it is not so fun to do wrong things just for the sake of having someone to respect you. Wait, it's fun, but it's wrong. You need to seperate between doing something fun, and doing something right. Most of the times, things which is fun for you, doesn't necessarily is the right thing. That's why in Islam, there is a complete guide of what to do, and what not to do. The problem occurs when we start to break these guides. We tried to deny some of the rules, just because we feel it is not applicable anymore nowadays. But just remember this fact, the rules of Islam is valid and suitable for the rest of the existence of the human being.

So, how to tackle this problem? First, be yourself, I mean really, just be yourself. Strengthen the 'iman' in yourself, and you can face the world with less problems. Treat everyone equally, just like Rasulullah s.a.w taught us. Be it your friends, or your enemy. And do not afraid, or shy of being someone which is doing the right thing. A lot of us thinks too much of the perspective of others about us. Believe me, if we do good deeds, there'll be people who looks at it as if we've done the wrong things. Its normal. It even happened to Rasulullah s.a.w. But of course, if u know that you are right, why bother ? And be brave to not to do the wrong things, even if you are surrounded by it. I can understand that sometimes it is not our intention to so something bad, but when we are surrounded by it, it's really hard to avoid, right ? So, just believe in yourself, and ask for protection from Allah s.w.t. Try to be an agent of change. If your roommates are doing something which is totally wrong, try advising them. If can't, just avoid doing the bad things together with them. Pray that Allah will give them 'hidayah' so that they will stop doing those things. Oh yeah, one more thing, don't be afraid of being isolated. Sometimes, you'll feel like that. But rest assured that Allah is always with those who fight, and sacrifice themself for Islam~

Wednesday, March 2, 2011

Update yang tak seberapa...

Workstation aku yang sangat bersepah...haha..~

Tatkala semua orang dalam bilik aku ni sibuk menyiapkan kerja sekolah, aku pula secara diam-diam sedang menggunakan laptop rakanku untuk meng'update' blog ini..Hmm, lama jugak blog ni tak diisi dengan entry baru. Dah 2 bulan kot ketiadaan post baru. Kali terakhir ialah pada bulan Januari dulu, kan? Ok2, sejujurnya aku takde banyak sangat idea, atau aku ada idea, tapi susah nak terjemahkan dalam bentuk penulisan. Maka dengan masa yang agak sedikit ini, ingin jugalah aku menulis beberapa patah perkataan (dan jugak sempena blog aku bertambah satu lagi follower..hahaha..~)



Sebenarnya tak tau nak cakap pasal apa, tapi tulis jugaklah something...ok,pernah dengar tak ayat2 sebegini:

"Ala, die tu buat2 baik jer..."
ataupun...
"Die tu nampak je baik, tapi perangai buruk gak...."
dan....
"Ala, nasihat2 orang, die pun same gak..."

Rasanya ramai yang pernah cakap macam ni kan? Kalau tak cakap pun, mungkin terfikir. Betul tak ? Jangan risau, ini memang normal dalam kalangan manusia. Kita memang ada tendency untuk buruk sangka terhadap seseorang. Ini salah satu defense mechanism secara psikologi dalam diri kita (agaknya ar, ni teori aku jer). Tapi, banyak orang yang terlalu buruk sangka sampai orang nak nasihat dia pun dia tak nak dengar dah. Ingin saya ingatkan disini bahawa orang2 yang baik sememangnya tidaklah sempurna. Dan memang kadangkala ada orang yang bagi nasihat, tapi dia sendiri tak mengamalkan apa yang dinasihatinya. Tapi, ini bukan alasan untuk kita meng'ignore' habis apa yang dinasihatkan oleh orang itu. Ingat, kalau nak tunggu orang yang betul2 baik dan sempurna nak menasihati kita, memang takkan terima nasihat orang sampai bila2. Ye tak?

Jadi, ingin saya menasihati, terutamanya kepada diri saya sendiri, supaya sentiasa bersangka baik dengan orang lain, terutamanya kalau dia memberi nasihat yang baik dan berguna untuk diri kita. Lebih2 lagi kalau nasihat yang berkaitan dengan agama. Tapi, sayangnya, selalunya benda2 tak berfaedah yang orang selalu ikut, tapi benda2 baik pulak orang pandang serong jer (tapi tak semua orang macam ni). Pastu, ada pulak yang taknak terima tu ok lagi, tapi ada pulak siap menghina atau mencaci orang yang bagi nasihat tu. Ada ke patut ? Ingat, kita ni tak sempurna. Sedangkan pemimpin pun perlukan orang untuk nasihat dia, apatah lagi kita yang orang biasa ni. Jangan rasakan diri kita sudah cukup bagus. Ada sebab orang bagi nasihat kat kita. Itu menunjukkan orang masih sayang dekat kita. Kalau ustaz2 nasihat kat kita, itu tandanya dia sayangkan kita, dan tak nak tengok kita menderita di alam selepas ini. Kalau ibubapa bagi nasihat, itu sebab mereka memang lebih berpengalaman dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan sebab mereka memang sayang pada kita. Kalau kawan2 nasihat kita, itu maknanya kelemahan kita mungkin terlalu jelas dan perlu diperbaiki.  Cuba kurangkan ego dalam diri kita, dan terima nasihat orang. Ingat, walaupun budak kecil yang menasihati kita, jika apa yang dikatakannya betul, kita patut menerima nasihatnya itu. Jangan terlalu cepat men'judge' orang lain. Kehidupan akan menjadi semakin indah kalau kita sentiasa menasihati dan saling ingat-mengingati. Dan lebih indah lagi kalau kita mendengar dan menerima nasihat tersebut.

103. Al-’Asr

Demi Masa! (1)

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -(2)

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)
 Wallahualam..~

(nak sambung buat kerja..banyak lagi yang tertangguh..huhu..~)

Saturday, January 1, 2011

2011

New_Year_wallpapers_2011_New_Years_Eve_025595_

Eh, dah tahun 2011..? Sedar tak sedar, dah setahun lagi berlalu. Rasa macam baru semalam jer habis SPM, dapat result, masuk U, dan lain-lain lagi. Lepas ni, semua akan menjadi semakin mencabar. Cakap pasal tahun baru, mesti ramai yang mengaitkannya dengan azam tahun baru. Azam aku ? Haha…banyak sebenarnye. Setiap hari aku ada azam yang baru, atau pun azam yang memang dah lama tapi tak tercapai2 jgak….

Pertama, aku teramat teringin dan berharap dapat mengurangkan jisim ak..haha…kebelakangan ini perkara ini sangat menghantui aku…aku berazam untuk melebihkan output daripada input dan mengurangkan apa yang patut…sangat mencabar, tapi aku akan berusaha bersungguh2..~

 

erik-chopin-before-after

Kedua, lebih banyak masa untuk belajar. Selalunya, banyak masa aku diperuntukkan untuk rehat dan tidur. Oleh itu, perubahan akan dilakukan dalam jadual harian aku untuk memastikan aku mendapat masa yang optimum untuk belajar, selain tidak melupakan waktu rehat dan bermain.

 

1994009

Lagi? Hmm..rasanya dua tu jer yang paling utama. Ada banyak lagi yang lain, tapi kalau nak cerita semua memang tak mampu ar..haha…~Ok, hopefully tahun ini akan menjadi lebih baik daripada tahun lepas..!!~