Monday, June 13, 2011

Menunggu...


DELF B1 - Shafiq Daniel SABARI - 1420

Huh,lame lagi.......tunggu la nampaknya....

Saturday, June 11, 2011

Tinggal kenangan..



Tak sangka....kami tidak dapat bersama lagi...sungguh sekejap masa berlalu, terasa bagai semalam baru menerima dan bermain buat kali pertama laptop milik sendiri...

Tapi, ujian menimpa apabila dia disambar petir kerana terlupa untuk menutupnya tatkala hujan lebat. Setelah dibaiki, dia pun berfungsi kembali. Lega sungguh pada masa itu. Aku memang bercadang untuk membawanya ke universiti bersamaku, tetapi terpaksa menangguhkan hajatku itu disebabkan dia telah menjadi kegunaan keluargaku.

Lalu, tanpa disangka-sangka, peristiwa yang sama berlaku lagi. Memang mengejutkan. Aku mengharapkan yang dia dapat dibaiki dengan segera, tetapi, ternyata aku silap. Dia tidak mungkin dibaiki dengan percuma lagi seperti yang dulu. Aku berusaha untuk berunding dengan pihak Dell, tetapi ternyata tidak ada lagi yang mampu dilakukan. Perlukan pembayaran yang agak menyakitkan untuk membaikinya.

Semua menjadi lebih teruk apabila aku berusaha sendiri untuk mencari kedai yang mampu menggantikan 'motherboard' dengan harga yang lebih murah. Setelah puas mencari, aku menjumpai sebuah kedai yang baru dibuka. Aku amat menaruh harapan sehingga sanggup meninggalkan dia di kedai itu. Keesokan harinya, aku ditelefon dan diberitahu bahawa dia boleh dibaiki, dengan harga yang amat murah. Aku hanya boleh mengambil dia pada hari seterusnya. Pada hari Jumaat, aku datang ke kedai itu, tetapi dimaklumkan aku boleh mengambil dia selepas pukul 7. Kemudian, aku datang lagi pada waktu yang ditetapkan, tetapi disuruh pula datang pada hari keesokannya. Walaupun agak marah, aku cuma mampu bersabar, kerana itu cuma satu-satunya harapan bahawa dia dapat dibaiki.

Aku tidak dapat mengambil dia sendiri. Ibu mengatakan bahawa dia akan mengambilkannya untukku, selepas aku dihantar kembali ke universiti pada hari ini. Tetapi, alangkah terkejutnya aku bila diberitahu bahawa sebenarnya, harga untuk menggantikan motherboard itu jauh lebih mahal dari yang diberitahu pada mulanya. Aku berasa sungguh kecewa. Kini, sudah pasti lagi yang dia tidak akan diselamatkan. Cuma aku berharap, hard disknya masih lagi elok dan data2 yang disimpan didalamnya masih boleh dibaca. Nampaknya, lama lagilah aku akan merasa kembali memiliki sebuah laptop kepunyaan sendiri. Terpaksa kuteruskan seperti dulu, iaitu meminjam sahaja dari rakan sebilik........

Selamat tinggal Inspiron 1440...semoga kau akan bahagia dan di'recycle' kembali menjadi barang2 yang berguna...~

Thursday, June 2, 2011

Masih belajar..

Wah, akhirnya dapat juga membersihkan 'sawang2' di blog ini...hmm, setelah peperiksaan terakhir semester 2, baru terfikir, " banyak lagi kekurangan rupanya...".Cara belajar, cara mengambil nota, teknik mengulangkaji, semuanya perlu dilihat kembali dan perlu ditambah baik. Jika dilihat balik nota, memang nampak berserabut. nasib baiklah masih boleh dibaca dan digunakan sebelum peperiksaan hari itu. Bukan ini sahaja, nampaknya 'soft skills' pun masih banyak yang tidak diperolehi atau masih tidak mencapai tahap yang memuaskan. Communication skills, jangan cerita ar. Masih lagi di tahap yang lama (walaupun rasanya ada sedikit perubahan positif). Blogging, nampaknya perlu diubah sedikit gaya. Selama ini, terlalu ingin mengikut gaya orang lain. Sekarang, rasanya lebih baik kalau menulis post yang pendek tapi dapat ditulis secara konsisten berbanding post yang panjang tetapi jarang dikemaskini (kerana terlalu lama memikirkan idea).



Belajar ini sesuatu yang menyeronokkan, bukan? Walaupun tidak semua yang kita belajar akan diiktiraf dengan sijil atau anugerah yang signifikan, tetapi itu tidak menghalang kita dari terus melakukan pembelajaran dalam apa-apa bidang. Tidak kiralah, secara rasmi ataupun tidak rasmi. Dari kecil lagi, hidup kita dimulakan dengan belajar. Kita belajar bernafas, melihat, menyentuh, merasa, dan macam2 lagi yang membolehkan kita hidup normal seperti manusia biasa. Membaca, menulis, mengira, semuanya diajar ketika kita masih kecil. Kemahiran hidup juga perlu kita pelajari, seperti membaiki, bertukang, berkebun dan sebagainya. Banyak bukan yang kita pelajari? Jika difikirkan kembali, memang sangat menakjubkan apa yang seorang manusia mampu belajar dalam hayat mereka. Begitu banyak perkara yang kita belajar dalam masa yang boleh dikatakan agak singkat. Banyak juga yang boleh kita belajar secara serentak dalam satu-satu masa.

Proses pembelajaran juga merupakan suatu proses yang berterusan. Kadangkala, proses ini memang tiada pengakhiran. Apabila kita merasakan kita sudah mengetahui segala-galanya, baru kita sedar bahawa ada banyak lagi yang perlu kita pelajari. Benar, bukan? Seorang doktor pasti masih ada banyak perkara yang perlu dipelajari walaupun sudah lama menjadi doktor. Seorang jurutera sentiasa belajar untuk melakukan pekerjaannya dengan lebih efektif dan efisien. Seorang penulis sentiasa mempelajari bagaimana untuk menyampaikan idea dengan lebih baik dan berkesan (pesanan untuk diri sendiri juga..masih banyak yang perlu dipelajari..)

Sebenarnya, apa yang cuba disampaikan untuk entri kali ini? Ha, ini cuma peringatan kepada diri sendiri yang masih banyak ketinggalan dalam pembelajaran kemahiran2 yang penting dalam hidup. Akademik tidaklah terlalu susah untuk dipelajari, tetapi kemahiran hidup, bagi diri ini, kadangkala boleh menjadi perkara yang terlalu sukar. Mungkin sebab tidak ada kebiasaan, atau sebab sifat diri yang kurang keberanian dan kekuatan.  Insyaallah, sekarang masih belum terlambat untuk memulakan pembelajaran dan terus mengaplikasinya dalam kehidupan seharian. Oh ya, teringat kata-kata pensyarah subjek Elektrik, Mr Syukry. Tak ingat sebenarnya macammana, tapi maksudnya lebih kurang begini, "Kalau belajar, biarlah dapat mendekatkan diri kepada Allah. Janganlah kejayaan membuatkan kita semakin jauh dari Allah." Harap2 kita tidak menjadi seperti itu. Ingatlah, ilmu kita yang tak seberapa ini hanya dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Bila2 masa sahaja boleh diambil tanpa kita sedari. ~