Sedar tak sedar, semester tiga bakal berakhir tidak lama lagi. Kepada semua rakan2 Pf9 dan adik2 PF10 yang bakal menghadapi peperiksaan akhir semester, sy ingin mengucapkan selamat berjaya..jawab soalan dengan tenang, jangan kelam-kabut, gunakan masa yang diberikan dengan baik dan jangan stay-up lame2 sangat pada malam sebelum exam. Semoga kita semua dapat melepasi moyenne minimum,Insyaallah~
~Knowledge~
Seeking knowledge...gaining experience...sharing thoughts...
Monday, November 28, 2011
Friday, November 25, 2011
Moments in PF9E(S3)
Buku Elektrik di depan mata..memikirkan pasal test esok...membayangkan tentang exam final minggu depan..tiba2 teringat pula pada blog yang sudah lama ditinggalkan. Um, dah lama tak menulis. Sebab macam takde apa yang nak dituliskan. Atau mungkin kerana masa yang tak mengizinkan (cewah, walhal banyak masa lapang). Sempena dengan semester 3 yang bakal berakhir dalam beberapa hari lagi, teringin pula untuk mengimbas kembali saat2 yang membuatkan semester 3 ini terasa sekejap sahaja berlalu. Kenangan2 manis, pahit, kejutan, gelak ketawa, kesedihan, dan macam2 lagi. Semuanya datang kembali, walaupun hanya bayangan yang kurang tepat. Walaubagaimanapun, terasa ingin mencatatkan semua kenangan ini (walaupun tak detail, dan tak mengikut kronologi)…
- Awal semester..waktu paling ‘seronok’. Kembali berjumpa rakan2, lecturer2, buku2, dan kembali belajar dengan serius.
- Berjumpa dengan junior. PF10. Sangat seronok dan berbangga dapat junior yang sebanyak ni..haha…pecah rekod Pre France. Nampaknya masih ramai yang berminat dengan program ni (walaupun kbanyakan dari diorang mengaku tak pernah terfikir pun nak amek program ni..sume ‘terklik’ aje…)
- Berjumpa pulak dengan senior. Dapat berkenalan dengan mereka yang telah pergi ke Perancis dan mereka banyak berkongsi pengalaman dengan kitorang. Sangat banyak info2 yang berguna. Terasa lebih bersemangat untuk belajar dengan lebih bersungguh2.
- Iftar PF9 dan PF10. Hasil kerjasama dari student2 PF, kami telah berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa yang besar2an ini (agak ar). Dengan pertolongan dari seorang lecturer tercinta, semuanya berjalan dengan lancar (walaupun ada beberapa masalah, tapi, biasa la…takkan semua berjalan dengan baik kan ?). Pertama kali belajar cara mencuci ayam dengan betul..haha…~
- Berbuka puasa dengan senior2. Best, sebab diorang belanja..haha…~
- Jamuan raya. Memang yang paling gempak pernah dibuat. Kambing seekor jadi mangsa..haha..~(tapi memang sedap giler…bbbaloi bayar agak mahal). Lagi meriah sebab ada aktiviti waktu siang, dan jamuan tu pulak pada waktu malam. Lagi best sbb dapat jadi AJK untuk aktiviti siang tu (first time kot). Walaupun agak kabut dan tak berapa bersedia, tapi Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar (walaupun ada tragedi sikit, tapi, biasa la tu). Malam jamuan tu pulak dihidangkan dengan makanan yang sedap2 dan persembahan dari PF9 dan PF10. Sangat menghiburkan.
- Oh ya, berpuasa di bulan Ramadhan dengan kawan2. Memperkenalkan sistem pembelian makanan yang sangat menjimatkan untuk semua ahli bilik. Hahaha…nasi masak sendiri, tinggal beli lauk jer. Memang best, dan memang rasa dapat lebih rapat dengan sume roommate.
- Pergi Red Wok dengan classmate serta seorang lecturer. Um,sangat berbaloi dengan harga yang dibayar. Macam2 makanan ada sampai tak tau nak buat pilihan. Memang kenyang pada tahap yang maksima malam tu..haha..~
- Diperkenalkan dengan permainan Belote dalam kelas French. Tak sangka kena belajar jugak benda tu. Permainan yang menggunakan kad, dan banyak menggunakan taktik dan strategi. Sangat sedikit elemen nasib dalam permainan ni. Sejak kelas ni, setiap setengah jam (lebih kurang) terakhir kelas tu akan digunakan untuk main Belote..
- DELF B2. Ya, sangat best (serius). Walaupun sekejap, tapi dapat pengalaman yang sangat berguna. Peringatan kepada diri sendiri yang masih lemah dalam bahasa Perancis.
- Main Counter Strike beramai2. Siap buat team ikut bilik. Walaupun selalu jugak kalah (sebab team lagi satu mmang terer) tapi still enjoy jgak. After all, it’s about having fun, right?
- Akhir sekali, di hari akhir, tengok movie dalam kelas French yang terakhir untuk sem ni. Walaupun tak faham 70% apa yang diperkatakan dalam filem tu (sebab xde subtitle), tapi sangat enjoy. Tengok movie sambil makan2 snek. A great way to end the classes of this semester!~
Banyak lagi kenangan2 manis yang dilalui sepanjang kira2 6 bulan ini. Tapi, tak larat nak tulis semua (walhal tak ingat pun semua..haha..~). Apa2pun, this was a really great semester. The pressure is higher, but I had some really good time. Hopefully, I can pass the exam of this semester. Dan tak sabar untuk meneruskan ke semester terakhir tahun depan..!!~
Tuesday, November 1, 2011
NICE…
Hahaha..inilah apa yang terjadi bila terlalu bosan dan xde idea nak update apa untuk blog ni…tgah2 nak belajar menggunakan Photoshop, so bleyh nampak ar yang gambar diedit dengan sangat tak kemas dan sangat comot…just a concept utk cover novel yang mungkin atau tidak ditulis dan dipublish..haha..~ Ada idea jer, tapi disebabkan langsung takde pengalaman menulis novel (ditambah dengan pengalaman banyak merancang dan ada idea utk buat ssuatu tapi tak pernah menjadi), tidak ada jaminan yang akan ada walaupun sedikit penulisan buku ni…tapi cam best jer kalo bwat ‘teaser’..haha…~
Nice ? Apa tu..? Baik…? Bagus..?
“Masuk program ni, bahaya tau ! Tak sama dengan program lain..”
“PF ? Apa tu? Tak pernah dengar pun..”
“Kalau setakat nak main-main, tak payah ar masuk…baik keluar je sekarang..”
Nice. Tempat ianya bermula. Pertemuan. Perpisahan. Bersama mengejar, bersama mencapai. Susah dan senang. Tawa dan tangisan. Disini kita belajar…tentang kehidupan..peralihan ke alam dewasa. Dari pelajar sekolah menengah, kepada pelajar universiti. Di sini, apa-apa sahaja boleh berlaku. Yang buruk, menjadi lebih baik, tetapi kadangkala, dari baik menjadi lebih buruk. Kata orang, hidup ini bagaikan roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Itulah kehidupan.
“Ingat, setiap bangunan memerlukan asas yang kukuh. Disini, kamu sedang membina asas yang diperlukan. Kamu ada bahan-bahannya. Kamu ada alatan-alatannya. Binalah asas yang kuat, kerana kamu akan dapat membina bangunan yang lebih tinggi dengan mudah…”