Sunday, August 14, 2011

1000000 rakyat Malaysia ingin KTMB berubah….

1



Tiba-tiba terlihat satu page di FB, “1000000 rakyat Malaysia ingin KTMB berubah”, terlintas pula di fikiran untuk membuat satu post tentang KTMB. Oh, bukan tentang KTMB pun, tetapi tentang kita, pengguna, semasa menggunakan perkhidmatan KTM. Sebenarnya, sejak beberapa tahun menjadi pengguna yang setia, dah macam2 perkara dan peristiwa yang telah dilihat dan dialami. Sudah pasti, pengguna lain pun telah mengalami pelbagai perkara sepanjang anda menggunakan KTM. Jadi, jika kita ingin KTMB berubah, kita pun sedikit sebanyak perlu mengubah sikap kita sendiri…


1. Tunggu orang yang hendak meninggalkan keretapi keluar dahulu, barulah kita masuk.

 Walaupun selalu diingatkan, tapi bab ini yang banyak orang kita tak nak ikut. Jangan pentingkan diri sendiri dan merempuh masuk tanpa memikirkan orang yang ingin keluar. Ini akan menimbulkan lebih kesesakan dan menyusahkan orang lain.


2. Gunakan logik akal dan agaklah betapa besar sebenarnya keretapi itu.

Melainkan anda ada hal yang betul2 ‘urgent’, tak perlulah memaksa diri untuk masuk ke dalam koc yang sudah penuh. Tapi, jika anda ada hal yang betul2 urgent pun, rasanya anda takkan memilih untuk menggunakan KTM. Tapi, kalau nampak macam dah penuh, janganlah memampatkan lagi keadaan di dalam keretapi.


 3. Gunakan bahasa yang sopan jika ingin menegur orang, dan jangan membangkang jika ditegur.

Bagus kalau kita menegur orang lain. Tapi pastikan juga teguran itu berhikmah dan tidak terlalu kasar. Boleh jadi orang tak nak ikut sebab kita guna ayat2 yang tak berapa sedap didengar. Kepada yang ditegur pula, janganlah cepat melenting. Boleh jadi anda memang bersalah dan tidak menyedarinya…


4. Jaga adab, anda boleh dilihat oleh orang lain…

Sila ingat, KTM ni bukan rumah anda, apatah lagi bilik tidur. Jadi, jagalah perangai dan kelakuan di dalam keretapi. Peringatan terutama kepada mereka yang suka membuat aksi-aksi yang tidak berapa enak mata memandang, dan pada mereka yang suka berbual2 dengan kuat macam nak suruh satu koc dengar perbulan mereka. Ingatlah, orang lain pun perlukan ruang masing-masing. Jadi, tak perlu gelak ketawa kuat2 sampai menganggu ketenteraman orang lain..


5. Jika rasa mampu, jadilah konduktor sementara


Ini memang orang yang sangat berdedikasi. Bagus jugak, sebab kadang2, manusia ni kena diingatkan, kalau tak, mulalah nak ikut kepala sendiri. Jadi, siapa rasa ada suara yang lantang dan mampu membuat orang terikut, maka janganlah ragu-ragu. Anda mungkin membantu penumpang2 lain yang tidak mampu menyuarakan pendapat mereka…


6. Koc wanita, untuk wanita sahaja…

Untitled

Harap-harap tidak ada lagi orang yang keliru dengan kedudukan sebenar koc wanita. Selalunya, keretapi tipikal akan mempunyai 3 koc, dan koc tengah2 merupakan koc wanita. Jadi, kepada mereka yang merasakan diri mereka lelaki, jangan pula nak mencuba2 masuk ke dalam tu. Ada dua lagi koc yang boleh dimasuki. Rasanya, cukup jelas sticker2 dan tanda2 dlam bahasa yang berlainan Jadi, tak ada alasan lagi untuk tersilap masuk ke dalam koc wanita. ..

Kesimpulannya, masih banyak lagi perubahan yang perlu dilakukan oleh kita sendiri. Jadi, bersopan-santunlah dan ikutlah peraturan2 yang telah disediakan oleh pihak KTM..dan yang paling penting, banyakkan bersabar…….~

No comments:

Post a Comment

Silakan komen...~