Workstation aku yang sangat bersepah...haha..~ |
Tatkala semua orang dalam bilik aku ni sibuk menyiapkan kerja sekolah, aku pula secara diam-diam sedang menggunakan laptop rakanku untuk meng'update' blog ini..Hmm, lama jugak blog ni tak diisi dengan entry baru. Dah 2 bulan kot ketiadaan post baru. Kali terakhir ialah pada bulan Januari dulu, kan? Ok2, sejujurnya aku takde banyak sangat idea, atau aku ada idea, tapi susah nak terjemahkan dalam bentuk penulisan. Maka dengan masa yang agak sedikit ini, ingin jugalah aku menulis beberapa patah perkataan (dan jugak sempena blog aku bertambah satu lagi follower..hahaha..~)
Sebenarnya tak tau nak cakap pasal apa, tapi tulis jugaklah something...ok,pernah dengar tak ayat2 sebegini:
"Ala, die tu buat2 baik jer..."ataupun...
"Die tu nampak je baik, tapi perangai buruk gak...."dan....
"Ala, nasihat2 orang, die pun same gak..."
Rasanya ramai yang pernah cakap macam ni kan? Kalau tak cakap pun, mungkin terfikir. Betul tak ? Jangan risau, ini memang normal dalam kalangan manusia. Kita memang ada tendency untuk buruk sangka terhadap seseorang. Ini salah satu defense mechanism secara psikologi dalam diri kita (agaknya ar, ni teori aku jer). Tapi, banyak orang yang terlalu buruk sangka sampai orang nak nasihat dia pun dia tak nak dengar dah. Ingin saya ingatkan disini bahawa orang2 yang baik sememangnya tidaklah sempurna. Dan memang kadangkala ada orang yang bagi nasihat, tapi dia sendiri tak mengamalkan apa yang dinasihatinya. Tapi, ini bukan alasan untuk kita meng'ignore' habis apa yang dinasihatkan oleh orang itu. Ingat, kalau nak tunggu orang yang betul2 baik dan sempurna nak menasihati kita, memang takkan terima nasihat orang sampai bila2. Ye tak?
Jadi, ingin saya menasihati, terutamanya kepada diri saya sendiri, supaya sentiasa bersangka baik dengan orang lain, terutamanya kalau dia memberi nasihat yang baik dan berguna untuk diri kita. Lebih2 lagi kalau nasihat yang berkaitan dengan agama. Tapi, sayangnya, selalunya benda2 tak berfaedah yang orang selalu ikut, tapi benda2 baik pulak orang pandang serong jer (tapi tak semua orang macam ni). Pastu, ada pulak yang taknak terima tu ok lagi, tapi ada pulak siap menghina atau mencaci orang yang bagi nasihat tu. Ada ke patut ? Ingat, kita ni tak sempurna. Sedangkan pemimpin pun perlukan orang untuk nasihat dia, apatah lagi kita yang orang biasa ni. Jangan rasakan diri kita sudah cukup bagus. Ada sebab orang bagi nasihat kat kita. Itu menunjukkan orang masih sayang dekat kita. Kalau ustaz2 nasihat kat kita, itu tandanya dia sayangkan kita, dan tak nak tengok kita menderita di alam selepas ini. Kalau ibubapa bagi nasihat, itu sebab mereka memang lebih berpengalaman dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan sebab mereka memang sayang pada kita. Kalau kawan2 nasihat kita, itu maknanya kelemahan kita mungkin terlalu jelas dan perlu diperbaiki. Cuba kurangkan ego dalam diri kita, dan terima nasihat orang. Ingat, walaupun budak kecil yang menasihati kita, jika apa yang dikatakannya betul, kita patut menerima nasihatnya itu. Jangan terlalu cepat men'judge' orang lain. Kehidupan akan menjadi semakin indah kalau kita sentiasa menasihati dan saling ingat-mengingati. Dan lebih indah lagi kalau kita mendengar dan menerima nasihat tersebut.
Wallahualam..~103. Al-’Asr
Demi Masa! (1)
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -(2)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)
(nak sambung buat kerja..banyak lagi yang tertangguh..huhu..~)
sepahnyew la aih~ english pliz!!
ReplyDeleteTak nak...huh,
ReplyDelete