Wednesday, March 9, 2011

Lelaki

 (Cuma meluahkan perasaan seta memberi nasihat dan peringatan kepada mereka yang bergelar lelaki.(terutamanya diri ini..).)





  



Lelaki
Lahirnya lelaki dengan 1001 tanggungjawab
Memimpin, mendidik, membimbing
Menjadi pelindung kepada kaum Hawa
Menjadi ketua dalam keluarga
Menjadi pemimpin negara
Menjadi pejuang untuk agama

Tetapi
Berapa ramai yang sudah lupa diri
Mengejar nafsu yang tiada berhenti
Mencari keseronokan atas penderitaan orang lain
Mempermainkan perasaan seperti suatu kebiasaan
Banyak berjanji, tapi jarang menepati
Sepatutnya melindungi wanita
Kini
Menjadi sebab penderitaan mereka
Menyalahgunakan kuasa
Menjadikan daya dan tenaga
Sebagai alat untuk mengawal
Mengambil kesempatan
Bagai tiada lagi perikemanusiaan

Kononnya cinta
Tapi banyak yang palsu belaka
Kononnya sayang
Tapi keseronokan sahaja yang terbayang
Kononnya sejati
Tapi iman masih belum mantap di hati
Cinta dipermainkan
Wanita dipergunakan
Hidup dipersiakan
Islam diketepikan
Tanggungjawab dilepaskan
Akhirat dilupakan

Dunia banyak menipu kita
Kerana dunia, kita lupa
Kerana dunia, kita leka

Lelaki
Sedarlah
Kita di sini ada misi
Kita di sini kerana perintah-Nya
Menegakkan syiar Islam
Menjadi pejuang di barisan hadapan
Bukannya tersungkur dihanyut arus keduniaan
Di bawah Islam kita bersatu
Bukannya menjadi lemah kerana nafsu
Kerana Islam kita berjuang
Bukan kerana wang
Bukan kerana kuasa
Dan yang paling penting
Bukan kerana dunia

Panduan sudah tersedia
Adakah kita mahu menafikannya?
Senjata sudah diberi
Apa lagi yang kita cari?
Syurga menanti kita
Adakah wajar kita melepaskannya?
Kerana dunia yang sementara?
Untuk nikmat yang tak seberapa?

Ingat, kita hanya ciptaan-Nya
Kita adalah hamba-Nya
Adakah patut seorang hamba melawan tuannya?

No comments:

Post a Comment

Silakan komen...~