Saturday, June 11, 2011

Tinggal kenangan..



Tak sangka....kami tidak dapat bersama lagi...sungguh sekejap masa berlalu, terasa bagai semalam baru menerima dan bermain buat kali pertama laptop milik sendiri...

Tapi, ujian menimpa apabila dia disambar petir kerana terlupa untuk menutupnya tatkala hujan lebat. Setelah dibaiki, dia pun berfungsi kembali. Lega sungguh pada masa itu. Aku memang bercadang untuk membawanya ke universiti bersamaku, tetapi terpaksa menangguhkan hajatku itu disebabkan dia telah menjadi kegunaan keluargaku.

Lalu, tanpa disangka-sangka, peristiwa yang sama berlaku lagi. Memang mengejutkan. Aku mengharapkan yang dia dapat dibaiki dengan segera, tetapi, ternyata aku silap. Dia tidak mungkin dibaiki dengan percuma lagi seperti yang dulu. Aku berusaha untuk berunding dengan pihak Dell, tetapi ternyata tidak ada lagi yang mampu dilakukan. Perlukan pembayaran yang agak menyakitkan untuk membaikinya.

Semua menjadi lebih teruk apabila aku berusaha sendiri untuk mencari kedai yang mampu menggantikan 'motherboard' dengan harga yang lebih murah. Setelah puas mencari, aku menjumpai sebuah kedai yang baru dibuka. Aku amat menaruh harapan sehingga sanggup meninggalkan dia di kedai itu. Keesokan harinya, aku ditelefon dan diberitahu bahawa dia boleh dibaiki, dengan harga yang amat murah. Aku hanya boleh mengambil dia pada hari seterusnya. Pada hari Jumaat, aku datang ke kedai itu, tetapi dimaklumkan aku boleh mengambil dia selepas pukul 7. Kemudian, aku datang lagi pada waktu yang ditetapkan, tetapi disuruh pula datang pada hari keesokannya. Walaupun agak marah, aku cuma mampu bersabar, kerana itu cuma satu-satunya harapan bahawa dia dapat dibaiki.

Aku tidak dapat mengambil dia sendiri. Ibu mengatakan bahawa dia akan mengambilkannya untukku, selepas aku dihantar kembali ke universiti pada hari ini. Tetapi, alangkah terkejutnya aku bila diberitahu bahawa sebenarnya, harga untuk menggantikan motherboard itu jauh lebih mahal dari yang diberitahu pada mulanya. Aku berasa sungguh kecewa. Kini, sudah pasti lagi yang dia tidak akan diselamatkan. Cuma aku berharap, hard disknya masih lagi elok dan data2 yang disimpan didalamnya masih boleh dibaca. Nampaknya, lama lagilah aku akan merasa kembali memiliki sebuah laptop kepunyaan sendiri. Terpaksa kuteruskan seperti dulu, iaitu meminjam sahaja dari rakan sebilik........

Selamat tinggal Inspiron 1440...semoga kau akan bahagia dan di'recycle' kembali menjadi barang2 yang berguna...~

No comments:

Post a Comment

Silakan komen...~