Wah, akhirnya dapat juga membersihkan 'sawang2' di blog ini...hmm, setelah peperiksaan terakhir semester 2, baru terfikir, " banyak lagi kekurangan rupanya...".Cara belajar, cara mengambil nota, teknik mengulangkaji, semuanya perlu dilihat kembali dan perlu ditambah baik. Jika dilihat balik nota, memang nampak berserabut. nasib baiklah masih boleh dibaca dan digunakan sebelum peperiksaan hari itu. Bukan ini sahaja, nampaknya 'soft skills' pun masih banyak yang tidak diperolehi atau masih tidak mencapai tahap yang memuaskan. Communication skills, jangan cerita ar. Masih lagi di tahap yang lama (walaupun rasanya ada sedikit perubahan positif). Blogging, nampaknya perlu diubah sedikit gaya. Selama ini, terlalu ingin mengikut gaya orang lain. Sekarang, rasanya lebih baik kalau menulis post yang pendek tapi dapat ditulis secara konsisten berbanding post yang panjang tetapi jarang dikemaskini (kerana terlalu lama memikirkan idea).
Belajar ini sesuatu yang menyeronokkan, bukan? Walaupun tidak semua yang kita belajar akan diiktiraf dengan sijil atau anugerah yang signifikan, tetapi itu tidak menghalang kita dari terus melakukan pembelajaran dalam apa-apa bidang. Tidak kiralah, secara rasmi ataupun tidak rasmi. Dari kecil lagi, hidup kita dimulakan dengan belajar. Kita belajar bernafas, melihat, menyentuh, merasa, dan macam2 lagi yang membolehkan kita hidup normal seperti manusia biasa. Membaca, menulis, mengira, semuanya diajar ketika kita masih kecil. Kemahiran hidup juga perlu kita pelajari, seperti membaiki, bertukang, berkebun dan sebagainya. Banyak bukan yang kita pelajari? Jika difikirkan kembali, memang sangat menakjubkan apa yang seorang manusia mampu belajar dalam hayat mereka. Begitu banyak perkara yang kita belajar dalam masa yang boleh dikatakan agak singkat. Banyak juga yang boleh kita belajar secara serentak dalam satu-satu masa.
Proses pembelajaran juga merupakan suatu proses yang berterusan. Kadangkala, proses ini memang tiada pengakhiran. Apabila kita merasakan kita sudah mengetahui segala-galanya, baru kita sedar bahawa ada banyak lagi yang perlu kita pelajari. Benar, bukan? Seorang doktor pasti masih ada banyak perkara yang perlu dipelajari walaupun sudah lama menjadi doktor. Seorang jurutera sentiasa belajar untuk melakukan pekerjaannya dengan lebih efektif dan efisien. Seorang penulis sentiasa mempelajari bagaimana untuk menyampaikan idea dengan lebih baik dan berkesan (pesanan untuk diri sendiri juga..masih banyak yang perlu dipelajari..)
Sebenarnya, apa yang cuba disampaikan untuk entri kali ini? Ha, ini cuma peringatan kepada diri sendiri yang masih banyak ketinggalan dalam pembelajaran kemahiran2 yang penting dalam hidup. Akademik tidaklah terlalu susah untuk dipelajari, tetapi kemahiran hidup, bagi diri ini, kadangkala boleh menjadi perkara yang terlalu sukar. Mungkin sebab tidak ada kebiasaan, atau sebab sifat diri yang kurang keberanian dan kekuatan. Insyaallah, sekarang masih belum terlambat untuk memulakan pembelajaran dan terus mengaplikasinya dalam kehidupan seharian. Oh ya, teringat kata-kata pensyarah subjek Elektrik, Mr Syukry. Tak ingat sebenarnya macammana, tapi maksudnya lebih kurang begini, "Kalau belajar, biarlah dapat mendekatkan diri kepada Allah. Janganlah kejayaan membuatkan kita semakin jauh dari Allah." Harap2 kita tidak menjadi seperti itu. Ingatlah, ilmu kita yang tak seberapa ini hanya dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Bila2 masa sahaja boleh diambil tanpa kita sedari. ~
No comments:
Post a Comment
Silakan komen...~