Wednesday, December 22, 2010

Apa yang dicari…??

Satu lagi entry yang tercetus apabila aku sedang sibuk melayari internet, dan sambil-sambil itu menjeling ke arah kaca televisyen. Ah, kecewa betul aku. Pertama, adalah satu rancangan berunsurkan komedi ni (komedi la sangat) yang banyak menggunakan istilah2 yang pada aku, tak patut digunakan secara terbuka. Ala, istilah2 yg digunakan oleh budak2 sekarang. Contohnya, c_k_ro. Fikirlah sendiri, aku pun malas nak tulis kat sini. Tak gemar betul aku mendengar ayat tu. Selalu pulak diulang-ulang dalam citer tu. Nampaknya, sesuatu yang dahulunya dirasakan janggal, kini semakin berani dilakukan oleh cerita-cerita tempatan. Kalau dulu2, ayat semua sopan santun je, baik, tak ade la wujud istilah2 yang pelik2. Kalau ada pun, selalunya ianya tak berkaitan dengan benda2 yang tak senonoh.



Sekarang, banyak sudah filem2 yang menggunakan masalah sosial remaja sekarang sebagai jalan cerita utama, kononnya nak memberi kesedaran dan pengajaran kepada remaja2. Hei, tolonglah. Itu adalah salah satu alasan paling tak munasabah yang aku pernah dengar. Ok, katanya nak menunjukkan realiti kepada masyarakat. Tapi, adakah ianya benar2 munasabah? Adakah dengan medium filem semata-mata, dan dengan menunjukkan paparan yg kononnya ‘realiti’ yang perlu ditonton oleh umum, dapat mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu? Bagi aku, ini merupakan satu persepsi yang adak kurang tepat. Baiklah, memang tidak dapat dinafikan bahawa filem2 dan cerita2 banyak mempengaruhi fikiran dan minda seseorang. Persoalannya, bagaimana sesebuah filem itu dapat mempengaruhi seseorang? Adakah pengajaran yang hendak disampaikan, betul2 sampai kepada penonton? Ataupun banyak unsur2 yang tidak bertamadun, yang dimasukkan semata2 untuk menarik perhatian penonton (terutamanya remaja, rasenyer orang tua dah tak nak tengok citer camni). Kenapa pemikiran banyak pengkarya filem di Malaysia yang berfikiran yang ‘kita perlu menunjukkan realiti sebenar kepada semua orang, kalau boleh lakonkan semuanya yang benar2 berlaku di kehidupan sebenar’. Huh, patutla banyak filem2 Malaysia yang sudah ber’rating’ 18 tahun ke atas. Ada jugak yang aku rasa tak patut disiarkan langsung. Tengok iklannyer jer pun dah membuatkan aku meluat. Tengok interview, di sebalik tabir, lagilah…tak sanggup nak tengok. Daripada aku jadi marah dan memaki hamun dalam hati, baik aku tak tengok terus.





Oh ya, sebelum terlupa, sejak kebelakangan ini (atau mungkin aku yang beru perasan) dah ada rancangan2 realiti yang berasaskan wanita. Erk, ape maksudnya tu? Maksudnya, rancangan yang menggunakan wanita sebagai daya tarikan utama dan kononnya nak mencari perempuan yang tercantik, terberbakat (eh, ada ke ayat ni?paling berbakat la senang cerita). terMelayu dan lain2 lagi. Selalunya, rancangan sebegini melibatkan para peserta yang terdiri dari wanita, yang masih remaja (setakat ni blum lagi tgok rancangan talent search untuk orang tua..haha..) dan kalau di Malaysia, kebanyakan persertanya semestinya terdiri dari orang Melayu. Ya, bila rancangan yang melibatkan wanita, jangan harap ar wanita2 itu bertudung litup dan menutup aurat dengan sempurna. Semestinya banyak yang mendedahkan aurat, dan mendedah2kan bermacam2 benda lagi (kalau setakat freehair masih boleh consider lg kot..tapi ade yang sampai macam artis2 barat, ape cer..?).


Sebagai remaja yang berfikiran rasional dan mampu mambezakan antara yang benar dan salah, apa yang berfaedah dan apa yang tidak, dan yang paling penting, memiliki, walau sedikit manapun, iman. Apa yang wajar dilakukan ? Boikot ? Hantar surat kepada PM supaya mengharamkan siaran rancangan2 seperti ini? (aku pun harap ni boleh dilakukan. Tapi..) Baiklah, aku ada beberapa cadangan. Itupun, kalau ada la yang nak mendengarnya. Aku dulu pun banyak menonton rancangan2 yang sia2 sebegini. Tapi, sejak mengetahui hakikat sebenar kehidupan, iman, islam, dan sebagainya, aku sudah kurangkan menonton rancangan2 seperti ini.


Yang pertama, kawallah nafsu anda. Nafsu ni, kalau dibiarkan dia mengawal kita, memang tak berjaya lah kita. Jangan terlalu taksub dengan hiburan. Boleh berhibur, tapi tidak melampau sehingga melupai kewajipan kita yang sebenar. Kedua, menjauhkan diri dari melihat perkara2 yang mungkar. Ingatlah, banyak remaja sekarang yang kecundang disebabkan pengaruh media yang semakin tidak dapat dikawal. Siapa lagi yang hendak mengawal kita kalau bukan diri sendiri? Pelihara iman dan banyakkan mengingati Allah, maka nanti kita akan merasai rancangan2 sebegini bukanlah apa yang kita perlukan. Ianya hanya mensia-siakan hidup kita. Kalau menonton sesuatu rancangan tu, lihatlah dengan mata hati, bukannya nafsu. Kalau agak2 rancangan tu tak bersesuaian, tak salah untuk tidak menontonnya. Dan yang terakhir, jangan terpengaruh dengan unsur negatif yang ditunjukkan dalam sesebuah filem atau rancangan. Jangan jadi pak turut. Dalam filem merempit, dia pun nak try2 merempit. Fikiran macam ni lah yang banyak merosakkan remaja. Terlupa batas2 dan sempadan yang telah ditetapkan oleh agama. Kemudian, mula mempersoalkan tentang kebebasan (kononnya). Hei, siapa kau yang hendakkan kebebasan? Nak buat apa saja? Ini dunia kau? Kalau setakat fikiran yang masih mentah dan banyak pulak terpengaruh dengan unsur2 negatif, tak payahlah nak berlagak bijak. Maaf kalau kasar sedikit, tapi inilah hakikatnya. Ramai yang sanggup tak belajar, tak mengutamakan agama, semata-mata nak mengejar keduniaan, nak ‘enjoy’, katanya. Sekarang memanglah boleh enjoy, tapi lepas ni..? Bila Malaikat Maut datang untuk mencabut nyawa? Dah betul2 konfiden ker boleh mengucap ‘La ilahaillallah’ sebelum mati? Yakin dapat jawab soalan Munkar dan Nakir dalam kubur nanti ? Kalau ya, teruskanlah dengan ‘enjoy’ tu. Tapi kalau tak, lebih baik cepat2 bertaubat dan kurangkan aktiviti2 yang lagha (sia-sia). Mati ni, kita bukannya boleh tau bila detik kematian kita. Silap2, tengah sibuk meng’enjoy’2, tiba-tiba time tu pulak kita rebah dan meninggal dunia. Itu yang kita nak bawa menghadap Allah? Ingatlah, dunia ini hanya persinggahan kita sebelum ke akhirat kelak. Bagaimana kita berusaha atas iman dan amal di dunia ini, serta menjauhkan diri dari larangan Allah, itulah yang bakal menentukan kejayaan kita di akhirat kelak. Akhir sekali, banggalah, dan yakinlah kepada janji2 Allah, walaupun disekeliling kita, banyak kemungkaran berlaku. Jika mampu, cegahlah. Jika tidak, cegahlah dengan hati, yakni selemah2 iman.


A013
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Al-Baqarah 2:13)

iluvislam

2 comments:

Silakan komen...~