Apabila disebut tentang negara Perancis, apa perkara yang pertama terlintas dalam fikiran kita? Pasti ramai yang akan menyebut, “Eiffel tower!”. Ya, salah sebuah menara yang paling popular di dunia, menjadi ikon negara Perancis sejak ianya mula dibina hinggalah sekarang. Tetapi, apakah yang diketahui oleh orang ramai tentang menara ini? Mengapakah menara ini dibina? Siapakah yang mula-mula mendapat idea untuk mencipta menara sebegini? Bilakah pembinaan mula dijalankan? Baiklah,sebenarnya ini merupakan satu ‘review’ sebuah novel yang sangat menarik, yang menceritakan tentang sejarah pembinaan dan peristiwa-peristiwa di sebalik Menara Eiffel.
Buku bertajuk ‘Eiffel’s Tower and the World’s Fair, where Buffalo Bill beguiled Paris, the artists quarreled and Thomas Edison become a Count’. Ditulis oleh Jill Jones, seorang penulis yang popular dengan novel yang berunsurkan sejarah dan diceritakan dalam bentuk yang mudah difahami dan menarik
Baiklah, aku ingin menceritakan serba sedikit dahulu tentang novel ini. Novel ini secara amnya mengisahkan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum, sepanjang dan selepas ‘Paris World Fair’ atau dalam bahasa Perancis, ‘Exposition Universelle’ di mana pesta ini diadakan untuk mempamerkan dari seluruh dunia tentang kemajuan dan keunikan masing-masing dari segi sains, teknologi, seni, budaya dan sebagainya. Fokus utama dalam cerita ini ialah tentang perjalanan beberapa orang karakter yang cukup terkenal sepanjang World Fair ini berlangsung. Antara tokoh yang diceritakan ialah, yang paling utama, Gustave Eiffel, pencipta Menara Eiffel, atau pada masa itu dikenali sebagai La tour en Fer de 300 cents metres. Selain itu, turut menjadi fokus dalam cerita ini ialah Thomas Edison, seorang pencipta yang terkenal dan banyak menyumbang dalam dunia sains dan teknologi, terutamanya dalam bidang elektrik. Lain-lain tokoh yang diceritakan ialah Buffalo Bill (seorang yang menguruskan persembahan orang-orang Red Indians), James McNeill Whistler, seorang artis yang sangat terkenal di Perancis, serta beberapa tokoh lain.
Beberapa gambaran Exposition Universelle 1889 di Paris
Ok, sekarang pula, aku ingin berkongsi beberapa sejarah tentang Menara Eiffel. Menara ini pada mulanya dibina kerana Exposition Universelle yang berlangsung pada tahun 1889 di Paris. Sebagai negara yang menjadi tuan rumah untuk acara ini, maka mereka ingin menunjukkan sesuatu yang dapat menjadi kemegahan dan simbol kemajuan mereka dalam bidang sains dan teknologi, selain memaparkan kehebatan mereka dalam kesenian. Pencarian untuk pelan membina sebuah bangunan pada tapak World Fair itu pun dimulakan. Ramai yang telah menghantar cadangan dan pelan masing-masing, tetapi hanya satu sahaja yang terpilih. Cadangan oleh Gustave Eiffel untuk membina menara yang berasaskan besi dan keluli semata-mata.
Cadangan ini pada mulanya kedengaran luar biasa dan aneh, dan banyak mendapat tentangan. Tentangan ini datang dari orang awam serta komuniti jurutera Perancis. Ini kerana masih belum ada sesiapa yang mampu atau berani untuk membina menara yang tinggi dan mempunyai bentuk yang aneh seperti yang terdapat pada pelan yang dihantar oleh Eiffel. Tambahan pula, penggunaan besi untuk menara yang tinggi masih belum terjamin kekukuhannya kerana ia akan menampung banyak beban serta tekanan. Walaubagaimanapun, Eiffel percaya akan kiraannya untuk membina menara ini. Pada masa itu, beliau terkenal kerana telah mencipta formula sendiri tentang kekuatan dan ketahanan besi dan faktor2 yang mempengaruhi ketahanannya. Yakin dengan perkiraannya, dia memulakan kerja pembinaan, walaupun menerima pelbagai kritikan samada dari orang awam mahupun dari pihak media. Terdapat banyak masalah dan rintangan yang berlaku sepanjang proses sebelum dan semasa pembinaan.
Persoalan yang banyak ditimbulkan oleh orang yang membantah pembinaan Menara Eiffel ini ialah tentang fungsinya. Eiffel berjaya menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menganggap menaranya sebagai sesuatu yang tidak berguna dan tidak membawa apa-apa faedah kepada orang ramai. Sebaliknya, Eiffel berkata bahawa di menara itu akan ditempatka sebuah stesen khas untuk melakukan kajian sains di tempat tinggi yang sebelum ini sukar dilakukan. Eksperimen berkaitan fizik, meteorologi dan sebagainya boleh dijalankan di situ. Selain itu, Menara ini juga akan menjadi ikon dan tarikan untuk pelancong yang datang ke Paris.
Pelan pembinaan menara ini telah disediakan oleh arkitek dalam firma kejuruteraan Eiffel, dengan beberapa penambahbaikan yang dilakukan oleh Eiffel sendiri. Oleh kerana bentuknya yang luar biasa, ramai orang yang menganggap ianya bahaya dan tidak patut dibina.
Antara halangan yang dihadapi oleh Eiffel ialah, pada mulanya, kekurangan dana. Kerajaan Perancis pada masa itu hanya menyediakan dana yang sangat terhad untuk pembinaan menara ini sedangkan kosnya lebih tinggi. Eiffel terpaksa menggunakan duitnya sendiri dan mencari dana dengan cara lain.
Meskipun begitu, kerja-kerja pembinaan tetap dimulakan untuk memastikan pembinaan siap sebelum pembukaan World’s Fair. Seluruh penduduk Paris melihat sementara menara ini secara perlahan-lahan terbina dan menjadi semakin tinggi. Ada penduduk sekeliling kawasan pembinaan yang meminta jaminan dari Eiffel untuk memberi pampasan kepada mereka sekiranya berlaku apa-apa pada menara itu yang boleh mengancam mereka (seperti menara roboh). Eiffel bertolak ansur dan menerima permintaan mereka untuk mengelakkan berlaku konflik.
Semakin tinggi menara itu, maka semakin sukarlah pekerjanya untuk melakukan pembinaan. Eiffel telah menempatkan sebuah kafeteria atau restoran untuk pekerjanya di platform pertama (tingkat pertama) di menara itu. Dengan itu, tidaklah para pekerja perlu pergi jauh untuk mendapatkan makanan. Kira-kira pada masa ini jugalah timbul persoalan tentang bagaimana untuk membawa orang naik ke puncak menara Eiffel secara efisien (bermakna dengan tidak menggunakan tangga). Rekabentuk kaki menara yang bengkok telah menimbulkan cabaran kepada pembina lif pada masa itu. Tiada siapa yang berani mengemukakan cadangan dan mengambil tender untuk membina lif menara tersebut. Semasa pengumuman tentang tender pembinaan lif dibuat (lif dari bawah ke platform pertama), hanya sebuah syarikat yang telah memberi respons. Syarikat Elevator Otis, dari Amerika.
Banyak lagi konflik yang berlaku semasa pembinaan menara ini. Jika berminat ingin mengetahui dengan lebih lagi, boleh lah membaca novel ‘Eiffel’s Tower’ karya Jill Jones. Cukuplah aku berkongsi sampai sini sahaja. Menara Eiffel kini telah menjadi ikon yang sangat popular dan menjadi simbolik dengan negara Perancis, khususnya Paris.
Key Figures
- Annual visitors : almost 7 million, 75% of whom are foreigners
- Tall : 324 metres (with its antennas)
- Weight : 7,300 tonnes of metallic framework, and a total weight of 10,100 tonnes
- Number of metallic parts : 18,000 metallic parts joined by 2,500,000 rivets
- Height of each floor :1st floor: 57m; 2nd floor: 115m; 3rd floor: 276m
- Lighting : 336 projectors (sodium lamps)
- Sparkling lights : 20,000 bulbs (5,000 on each side) glitter for 5 minutes every hour on the hour, from nightfall until 1a.m.
- Number of antennas : 120 antennas
- Number of steps on the East staircase until the top : 1,665 steps
- Number of lifts : From the ground floor up to the 2nd floor: 5 (1 on the eastern pillar, 1 on the western pillar, 1 on the northern pillar, 1 private lift on the southern pillar leading to the "Jules Verne" restaurant, and 1 goods lift on the southern pillar). From the 2nd floor up to the top: 2 sets of 2 Duo-lifts.
- Kilometers travelled by the lift : The combined distance travelled of the lift cabins is 103,000 km a year (2.5 times the circumference of the Earth).
- Surface to be painted :250,000 m2 of surface to be painted during each painting campaign, every 7 years. 60 tonnes of paint are needed
Visitors for 10 years
The Eiffel Tower’s Attendance Figures Right from the Beginning
Sumber : Laman web rasmi Menara Eiffel
eiffel tower !! :D
ReplyDeleteyeayy!
ta sabar nak g sini dgn di sponsor oleh shaiq. wee! :D
ohh. sungguh byk input. terbaik ahh :D
oh. sorry. its shafiq ! not shaiq.
ReplyDeletemaap ye tuan punye blog :P
haha...xpe2..~
ReplyDeleteshafiq
ReplyDeletejoin kalo minat :)