Sunday, December 19, 2010
Realiti TV…realiti masyarakat..??
Wow..tak sangka, banyak pulak idea yang sedang bermain dalam fikiran aku sekarang ni. Setelah tiba-tiba terlihat sebuah rancangan realiti TV yang sedang disiarkan di Astro Ria, aku terasa ingin berkata sesuatu tentangnya. Rancangan realiti TV…adakah ianya menggambarkan realiti masyarakat…atau mungkin, mempengaruhi realiti yang akan dibawa oleh masyarakat?
Sejak baru-baru ini, semakin banyak rancangan realiti TV muncul, seperti peribahasa,”Bagai cendawan tumbuh selepas hujan”. Walaupun aku sendiri tidaklah terlalu meminatinya (tapi harus aku akui, aku juga pernah menonton rancangan2 sebegitu, semasa fikiran aku masih tidak terlalu matang lagi) tapi kalau lihat sahaja iklan, memang boleh dikatakan banyak rancangan realiti yang disiarkan di kaca televisyen. Kini, hampir setiap saluran TV mempunyai rancangan realiti masing2. Jika dahulu, amat jarang sekali kita dapat menontonnya. Kalau ada pun, banyak yang hanya melibatkan nyanyian. Tapi sekarang, genre itu semakin dipelbagaikan. Tarian, lakonan dan lain-lain lagi menjadi tarikan untuk menonton rancangan tersebut. Persoalannya, apakah sebenarnya mesej yang ingin dibawa oleh rancangan2 tersebut?
Hiburan yang melalaikan
Selalunya, dan teramat selalu, rancangan2 sebegini memaparkan hiburan2 secara berlebih-lebihan. Kalau menyanyi, menyanyilah berjam2,kalau menari, menarilah berjam2. Setiap hari ditunjukkan latihannya, selepas itu di hujung minggu (atau mana-mana masa sekali dalam seminggu) ditunjukkan persembahannya pula (selalunya dalam bentuk konsert atau sewaktu dengannya). Banyak betul masa yang terbuang sekiranya ramai yang setia menonton rancangan ini pada waktu siarannya. Kadang-kala (atau mungkin selalu) sampai terlupa benda yang lebih penting atau perkara2 yang perlu lebih diutamakan. Contohnya, solat. Ya, berapa ramai antara kita yang lupa atau sengaja melewatkan solat semata-mata ingin menonton rancangan2 sebegini. Baiklah, mungkin bukan rancangan sebegini sahaja yang membuatkan orang lalai, tapi kira ramai jugak la yang leka disebabkannya. Bukankah terbaik jika solat dilakukan pada awal waktu? Zaman sahabat dulu, dengar sahaja laungan azan, maka terus gementarlah hati mereka, dan terus mereka bersegera ingin menunaikan solat. Sekarang ni? Bukan sahaja kita meng’ignore’nya, malah boleh lagi berhibur2 semasa waktu itu ! Mana kesedaran kita tentang agama? Hiburan itu tuhan kita?
Pendedahan aurat dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
Ini tak perlu dihuraikan panjang-panjang lagi. Memang sudah ternyata apa yang ditayangkan di siaran2 TV. Wanita terutamanya, banyak dieksploitasi (atau membenarkan diri mereka dieksploitasi) dengan mengenakan pakaian2 yang..bolehla dikatakan agak menjolok mata. Malah, kadang-kala mengalahkan artis Hollywood. Lihat sahaja semasa karpet merah anugerah2 (macam AJL dan sebagainya) yang diadakan. Berapa ramai artis wanita yang betul2 menutup auratnya? Yang ada tu, alhamdulillah, tapi majoritinya memang tak cukup2 kain yang dipakainya. Ada sahaja yang nak ditunjukkan kepada orang ramai. Malah tanpa segan silu memegang2 dan memeluk artis2 yang berlainan jantina, yang bukan muhrim dengannya. Kadang2, yang sudah mempunyai suami dan isteri sendiri pun melakukannya di khalayak ramai. Ada juga sesetangah rancangan yang memaparkan peserta2nya perlu tinggal di satu kediaman yang sama, lelaki dan perempuan. Baiklah, mungkin tempat tidurnya masih berasingan, tapi masih lagi boleh menjadi ‘platform’ yang sesuai untuk berlakunya maksiat. Banyak betul yang terpaksa dikorbankan oleh para peserta untuk memenangi pertandingan tersebut. Masa terpaksa dikorbankan, keluarga terpaksa ditinggalkan, dan kadang-kala identiti sebagai seorang muslim ‘terpaksa’ digadaikan. Inilah realiti masyarakat zaman sekarang. Sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang diingini. Dunia seolah2 segala-gala baginya. Ingat lah, Rasulullah s.a.w, semasa menyebarkan dakwahnya, telah ditawarkan dengan pelbagai nikmat keduniaan. Wang, harta, wanita, semuanya boleh diberikan oleh orang2 kafir. Dengan syarat, dakwahnya harus dihentikan. Tanpa ragu2, Rasulullah s.a.w menolak tawaran tersebut. Sumayyah, semasa disuruh meninggalkan agama Islam, tidak sanggup melakukannya, kerana dia tahu Islam itu adalah agama yang benar, dan dia yakin bahawa hanya Allah sahaja yang perlu ditakutinya. Dia lebih rela mati daripada menjadi seorang yang menyekutukan Allah. Lihat, sanggup mengorbankan nyawa demi mempertahankan akidah. Sekarang ? Hulur sahaja duit atau taburkan janji tentang kemewahan2 dan nikmat dunia, maka seseorang sanggup melakukan sesuatu yang jelas2 menentang ajaran Islam, dan kadangkala berbangga dengan dosa yang dilakukan. Dan orang2 seperti inilah yang seringkali menjadi paparan di televisyen yang ditonton oleh generasi muda, kanak2 dan remaja terutamanya. Adakah mereka ini yang kita ingin jadikan model sebagai contoh untuk generasi akan datang ?
Berpada-pada dan beringatlah
Tidak salah untuk berhibur, tapi pastikan cara kita berhibur itu tidak melampaui batasan2 yang telah ditetapkan oleh Allah. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2nya. Jangan kerana dunia, kita sanggup mengabaikan akhirat. Ingat asal-usul kita, dan ingat hala tuju kita selepas ini. Sesungguhnya kehidupan yang sebenar itu ialah kehidupan akhirat. Dunia ini tiada apa-apa melainkan hanya penipu kepada manusia. Hanya mereka yang meyakini janji2 Allah dan mentaati segala perintah serta menjauhi segala larangannya, tidak akan mudah terpedaya dengan kelalaian dunia.
Kepada ibubapa, tengoklah apa yang ditonton oleh anak-anak anda. Pengaruh media merupakan antara benda yang paling banyak membentuk diri dan fikiran seseorang, selain dari ibubapa, keluarga dan rakan-rakan. Kanak-kanak akan cenderung untuk melakukan apa yang dilihatnya di televisyen. Rancangan realiti merupakan salah satu contoh rancangan yang perlu seelok2nya tidak ditonton oleh kanak-kanak. Tiada faedah pun dari apa2 aspek. Kadang2, lebih baik menonton rancangan kartun daripada menonton rancangan orang2 menari di atas pentas (sekurang2nya dalam cerita kartun ada nilai2 murni dan pengajaran yang hendak disampaikan. Tapi, rancangan tari-menari…?Err....). Gunalah fikiran yang rasional, jangan hanya menurut hawa nafsu semata-mata. Tepuk dada, tanyalah iman anda….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Silakan komen...~