Friday, April 23, 2010

Raya…!! Pilihan raya..!!

P230410_13.18

 

Tiba-tiba dapat ilham untuk menulis tentang fenomena yang sedang melanda Hulu Selangor..ya..pilihanraya kecil…suasana begitu meriah sekali di kawasan Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung dengan pusat pemerintahan (command centre) BN yang diletakkan di Bukit Sentosa (di bukit berhadapan Masjid As-Salam) dan situasi sekarang tidak ubah seperti pilihanraya umum. Cuma rasanya mungkin lebih hebat dari pilihanraya umum. Mungkin semasa PRU, kawasan Hulu Selangor tidak terlalu dipandang sehingga kini, apabila berlaku pilihanraya kecil, mulalah usaha untuk menerajui pemerintahan di daerah ini.

 

Rata-rata kempen yang dilakukan tidak kurang seperti dulu. Janji-janji dan usaha-usaha untuk memajukan dan memperbaik taraf hidup penduduk daerah ini semakin giat dilaksanakan. Flat-flat yang dahulunya kelihatan usang dan tidak terurus kini sedang diperbaiki. Jalan yang dulunya banyak berlubang sudahpun diturap dengan jalan yang baru. Lampu-lampu jalan yang dahulunya terbiar apabila rosak, kini dalam proses pemulihan. Kalau dilihat dari fizikal semata-mata, memang bagus usaha-usaha yang dilaksanakan, malah usaha seperti inilah yang sewajarnya dilakukan secara konsisten, bukan hanya semasa menghampiri musim pilihanraya semata-mata. Seolah-olah sudah menjadi trend masakini untuk hanya menunjukkan keprihatinan untuk meraih undi semasa menghampiri musim mengundi. Harapan pengundi, merujuk kepada penduduk di bawah parlimen Hulu Selangor, ialah seorang pemimpin yang mampu membela nasib rakyat tanpa mengira status atau keturunan mahupun bangsa atua agama, seorang yang tidak hanya mementingkan kedudukan sendiri hingga lupa melihat apa yang sedang dialami oleh rakyat, seorang yang mampu mengotakan janji dan menjalankan amanah dengan sebaiknya, tidak hanya menabur janji-janji manis yang akhirnya tinggal kata-kata sahaja.

 

Teringat khutbah yang dibacakan oleh khatib semasa solat Jumaat pada hari ini, khutbah yang begitu bersemangat dan penuh dengan isi-isi yang bermakna, iaitu tanggungjawab seorang Muslim sebagai Khalifah di muka bumi Allah ini. Betapa kita terlalu mengejar nikmat dan kekayaan duniawi sehingga kita lupa akan tanggungjawab kita yang sebenarnya. Realiti sekarang ini ialah terlalu banyak usaha yang dilakukan adalah untuk memajukan manusia dari segi lahiriah semata-mata, sehingga melupakan unsur rohaniah atau spiritual. Elemen ini seolah-olah dipandang rendah atau diketepikan oleh ramai orang Islam pada masa kini. Islam seolah-olah tinggal hanya pada nama semata-mata. Masjid pula banyak digunakan semasa solat Jumaat sahaja, dan majlis-majlis ilmu serta kuliah-kuliah amat jarang sekali dihadiri oleh golongan-golongan pemuda yang bakal menjadi pejuang untuk menegakkan agama Islam. Aplikasi Islam dalam kehidupan seharian semakin diabaikan, pelaksanaan perkara-perkara yang wajib seperti menutup aurat dan solat lima waktu semakin dilupakan. Jika kita gagal melaksanakan suruhan Allah S.W.T, maka tidak hairanlah gejala-gejala sosial yang semakin berleluasa tidak dapat dibendung. Hanya dengan didikan dan pelaksanaan serta rasa taqwa terhadap Allah yang dapat menahan seseorang daripada melakukan perkara yang dilarang oleh-Nya. Kesimpulan yang ingin disampaikan oleh khutbah ini ialah kita mestilah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, yang mengajar kita dalam setiap aspek kehidupan, yang mengajar kita supaya mengutamakan kepentingan agama melebihi kepentingan peribadi. Perjuangan kita hanyalah untuk menegakkan agama Allah. Kita hidup dan mati kerana Allah. Maka, kita melaksanakan tugas semata-mata kerana Allah.

 

Oleh itu, diharapkan pemimpin-pemimpin di negara ini dapat menyedari hakikat ini dan mula melaksanakan anjakan paradigma yang boleh membantu masyarakat kita untuk bergerak ke arah yang lebih positif…

Majlis Graduasi dan Anugerah Cemerlang SBPI Gombak 2010

Em, tiba-tiba teringat pulak mase graduasi hari tu…terasa macam baru je semalam batch Excell9 dapat berjumpa lagi sekali di sekolah yang tercinta iaitu SBPI Gombak, tempat kami menghabiskan tahun-tahun terakhir sebagai pelajar sekolah menengah..em, di sekolah ini jugak lah Excell9 berjaya membuktikan diri sebagai batch yang mampu meneruskan kesinambungan kejayaan yang dilakar oleh batch2 sebelum ini…

 

24610_1095950016802_1768156616_182011_3729365_n

 

OK, maka pada 16hb April 2010, semua warga Excell9 telah diminta untuk hadir ke sekolah bagi menjalani raptai pada malam itu dan tidak lupa untuk urusan2 mengambil jubah.,..ak terpaksa datang lewat sikit ke sekolah sebab ade temuduga MARA pada hari itu…jadi sampai ke sekolah agak lambat..kira2 menghampiri pukul 7 malam…so,tak sempatla nak amik jubah, terpaksa la ambik waktu malam nanti…jadi, ak pun terus pergi ke asrama..sampai2 je nampak ar suasana yang meriah kat ruang legar asrama dgan kat bilik TV..haha..ramai jugak yang datang…sampai sesak kat bilik TV tu…nak tak nak terpaksa l  jugak aku bersesak dan letakkan barang2 kat dalam blik tu..dan dapat ar berjumpa dengan kawan2…ak pun cari la tempat nak letak beg ak dan terus ak duduk and lepak jap, sembang2 ngan member2…ye ar,baru balik interview, ltih lg..so, rilex ar jap…setelah puas berbual-bual dan rase dah dkat2 nak masuk waktu maghrib, ak pun terus ar gi mandi…haha,lame giler tak mandi kat dalam blik air asrama tu..rase janggal plak bile masuk balik.

 

23521_1272568853907_1220485096_30649662_1652664_n

 

 

Lepas selesai mandi, ak pun pgi ar surau (walaupun agak lambat skit,bbudak dah abis dah solat jemaah..). So, terpaksa ar tunggu diorang solat hajat..kat surau tu jugak ar ak jumpe ngan beberapa orang junior. Sume memuji2 ak, kate ak hebat ar, pandai ar, haha..walhal ak biase2 je pun..tak de ar pandai sgat….em,nak dipendekkan citer, lpas abis solat, ak pun bergegas ar pgi blik muzik..nak amek jubah..baru la ak tau yg jubah graduasi kitorang tu rupenyer pinjam dari UIA..haha…patutla ade logo UIA kat jubah tu…then, cari2 jubah dgan saiz yang sesuai..bayar RM60…settle sume bende, ak pun meneruskan perjalanan ke Dewan Seri Gemilang untuk rehearsal..pergh, rehearsal agak bosan gak…walaupun riuh jgak dewan tu dibuatnyer sbb kitorang bkannyer concentrate sgat,sume pakat2 bersembang jer,,ye la, maklum  la lame tak jumpe…sampai kene sound beberapa kali oleh cikgu supaye kitorang senyap dan bagi kerjasama…haha…kene ar blaja macammane nak amek sijil tu…ape prosedurnyer..nak jalan camane..ahaha..macam2 lagi la..oh, time ni gak ar kitorang diperkenalkan dgan pengetua baru yang menggantikan tempat bonda yang dah bersara…pengetua baru ni lelaki..haha,first time sekolah ini akan diterajui oleh seorang lelaki..tapi, kitorang pun takde ar kisah sangat kot..(dah keluar sekola la kata kan..).

 

23521_1272587014361_1220485096_30649697_535751_n

 

Setelah beberapa jam menjalani rehearsal, akhirnya tamat jugak…sepanjang raptai tu..perut ak berbunyi-bunyi meminta untuk diisi…haha…dah ar tak makan lagi…cikgu kate yang kitorang leh gi DM (Dewan Makan) utk supper..so cikgu cam tak nak kitorang mintak untuk keluar cari makan kat luar..tapi disebabkan kelaparan yang amat sangat..ade la idea bernas dari Afiq Zharif untuk memanggil McD datang ke sekolah..haha..maksudnyer sruh wat delivery ar..ape agi, ak pun join ar, minx double cheeseburger..agak kelam-kabut jugak ar..dah ar agak ramai yang nak order..(rasenyer ade dalam sepuluh orang..). So, setelah meng’order’, kami pun menanti ar dgan penuh ksabaran..ak yang tak brapa nak sabar ni ajak diorang gi solat dulu…then makan kat DM nak mengalas perut skit sementara menunggu menu kitorang sampai…

 

26449_1170041470637_1815993973_331378_3866751_n

 

Pada kira-kira pukul 11 malam, makanan2 yang diorder telah pun sampai….apa lagi, sume kabut jer berlari ke arah lobi sekolah..sampai2 jer,ternampaklah bungkusan2 yang penuh ngan makanan kitorang…haha..tak sabar nak makan ni…setelah berjaya mengagihkan makanan mengikut pesanan masing2..timbul pula persoalan..”nak makan kat mane?'”..haha..kalau kat asrama, musti nnti kene pau ngan bbudak lain..tapi, kat mane lagi..? So, dalam perjalanan nak balik ke asrama, datang lah ilham untuk makan kat kerusi meja yang berdekatan ngan public phone tu…puas hati giler makan kat situ…dengan bersembang2 lagi..glak kuat2…agak enjoy gak ar…ye ar, agaknye time tu je ar kitorang leh wat cam tu…tiba2, setelah bebrapa minit ber’makan2’, tetiba lak kene sound ngan pak guard..haha…lawak giler..baru jer ckap pasal kene sound…last2 kene sound jugak…kitorang dengan rela hati pun beredarlah pulang ke asrama…kat asrama, sambung lak sembang2 ngan bbudak lain..nak tidor mmang tak mgantuk lg..so terpaksa la stay-up..haha…lagipun bkan slalu jumpe dgan diorang…masing2 bukak hp ngan pasang mp3 kuat2….em,sampai ar dah dkat pkul 2 baru ar ak blik ke blik TV dan mencari ketenangan dan cube untuk tidur..(walaupun agak susah sbb kat dlam blik tu masih ramai lg yang berjaga dan menjalankan aktiviti masing2..).Akhirnyer…dpat jgak ak tidur…………….

 

Keesokan harinya..majlis graduasi..!!macam biase, kedengaran bunyi2 yang bising semasa subuh yang mencuba untuk membangunkan insan2 yang masih tidur.haha..nasib baik ak bangun agak awal.so, takde la kelam-kabut nak bersiap…gi subuh awal2..then gi sarapan..pastu bersiap untuk mjlis graduasi…lpas sume dah siap, kitorang berkumpul kat kalang cekal untuk briefing kali terakhir dan sempat jugak la bergambar dengan jubah yang kitorang pakai tu…

 

konvo

 

Masa graduasi, agak meriah jugak..dengan persembahan yang menarik dari junior2 kitorang…then, tibe ar time penyampaian anugerah untuk pelajar SPM 2009…ak nyer giliran dah la last skali.(sbenarnye agak terkeliru samada sebenarnya ak atau Nazrin Afifi yang last skali..)jadi, terpaksa la tunggu lame sdikit..so, sampai ar giliranku..naik atas pentas, then amik sijil..then sembang2 jap ngan VIP yang bg sijil tu,..then trus keluar dwan..kat luar plak ader photographer tgah mnunggu..then, di’interview’ skejap oleh seorang reporter….haha…k2,then, after that, masuk balik dewan, tibe giliran anugerah untuk cikgu plak..time ni mmang agak meriah ar..sume batch Excell9 pakat2 bdiri and tpuk tangn sepanjang anugerah tu..haha..pnat la jugak..tp, kerana cikgu2 tlah banyak berjasa kat kitorang, itu cume slah satu care nak tunjuk appreciation kitorang…nak dipendekkan cerita, maka majlis itu pun berakhir..then ade ar makan2 sdikit..and jumpe kkawan ngan cikgu2 bwat kali terakhir, and finally,trus balik ke rumah..! Walaupun kepenatan, tp ak rase sume orang (especially Excell9) sangat gembira sbb dpat bertemu lagi skali, dan harap2 ini bknla kali terakhir kitorang dapat bersama berkumpul,,,mungkin lpas ni bleh bwat lagi gathering and kumpulkan batch Excell9 reramai..haha…anyway, it was a memorable day…dan rasenye memang susah nk dilupakan…..

Thursday, April 22, 2010

Temuduga MARA….OK ke KO…?

Haha…ok…sebagai post yang pertama, ak nak ceritakan sedikit tentang pengalaman semasa di’interview’ untuk scholarship MARA. Masa mula-mula result keluar untuk sesiapa yang dapat temuduga ni, nama ak takde..tp lepas tu, bile rakanku, Akmal Harith Amir Hamzah menyemak lagi pada keesokan harinya, rupa-rupanya ak sebenarnya dapat temuduga tu…ada ralat sedikit..maka pada 16/4, ak pun pergi lah ke Anggerik Mall di Shah Alam, tempat temuduga tu diadakan. Sesi ak bermula pada pukul 4 petang. Menurut hemat ak, sesi ak ni ar sesi yang last sekali pada hari yang last ni…dan rasenye memang betul pun. Ok, ak sampai pada kira-kira pukul 3 petang. Sampai jer, jumpe ar ngan member2 lama…Mula-mula jumpa ngan Isham, member SMKBS dulu..then, ade gak Syakira ngan Adila, member Integomb ak..so, ak pun gi naik tingkat 2, gi makan-makan dulu sbab blum makan tengahari lagi..huhu…nak interview mesti ar kene ade energy kan…? Jadi, pada kira-kira pukul 4, maka diumumkan semua yang sesi pukul 4 boleh mula mendaftar. Ak tengok banyak yang sesi pkul 4 ni bbudak prempuan jer…bile kira2, ade 3 orang lelaki jer(tmasuk lah ak). Em, memula pelik jgak…tapi biar je la…time mendaftar tu, ak ingatkan leh dapat panel 3 (sbb member2 yg dah interview untuk engineering kate panel 3 tu agak ok..). Tapi, last2, dapat panel 5…which is ok gak…bbanding kalo dapat panel 6..(slalunya bbudak medic yang dapat panel 6 ni..and soalan yang diberikan pun agak susah..). Ak ngan Isham dapat panel yang same..so kitorang pun gerak ar gi tingkat 3..then jumpe ngan sorang abang ni yang tengah menjage di luar bilik2 interview…lawak gak ar abang ni..mungkin die nak kasi kitorang hilangkan sdikit dbaran…dier tanya ak nak jadi ape..then ak jwab ar engineer…lpas tu die tanyer ape maksud enngineer..then ak pun jwab ar mrapu2 skit…dlam ati ak….”Ai, dier ker yang nak interview ak nnti.?”..haha..then dier tanye pasal engine plak…ak dah ar tak manghafal istilah2 yang pelik2 tu…dier tanye “cube bagi saya contoh engine2..” haha..terdiam ak…then die kata..”Awak patutnya tau pasal bende2 ni…camane nak jadi engineer..kalo dier tanya nnti camane..bla3…”..em,abang ni cam nak psiko ak jer..dlam hati ak..mintak2 ar interviewer tu tak tanye soalan2 camtu…haha…cuak gak…kang tak pasal2 blank time interview nnti….ok..so, nak dipendekkan cerita, tunggu punye tunggu…sampai la giliran ak…oh ya, ak orang second last untuk sesi tu…dan orang slepas ak ialah Isham…so dier kira orang yang last ar utk diinterview…so, ak pun masuk ar..then bagi salam…interview tu ade dua orang…due2 perempuan…sorang Melayu and another one is Indian…pergh,saspens gak ak…ak dah ar BI tak berape nak fluent…takpe2..ak pun mnenangkan diri ak…ak pun pegi kat meje diorang dan bagi segala macam dokumen yang diorang suruh bawak..and letak skali fail sjil2 ak…then pegi kat krusi..tapi blum duduk lagi…then die kate duduk..baru ar ak duduk…ok, bermula lah sesi interview, dan ini merupakan antara soalan2 yang ditanya…

1. introduce yourself…(agak standard..dan ak pun mule la crita panjang2 pasal diri ak..aktiviti ak kat sekola dulu..kelebihan ak…etc…)
2. which field of engineering..?(lebih kurang camni ar soalan dier..ak pun x ingat camne die tanye..tapi kiranya die tanye ak nak major dlam ape..ak pun jwab ar mechanical dan sbb2 ak pilih mechanical….)
3. why France..?(em, ak pilih engineering france…mule2 ak rase die macam tak pcaye ak pilih france..sbb dier kata..”you know that you choose to go to france..?”lbih kurang ar..so ak jawab ar..point utama ak sbb education system diorang yang bagus dan kat sane mmang tempat yang agak bagus untuk belaja engineering..)
4. Why not US or UK? (haha…yang ni agak kelat sdikit..tapi ade ar ak bagi sbab2 yang pada ak , munasabah gak ar kot…haha..)
5. contoh2 kehebatan engineering kat france..(tak ingat ar soalan BI nyer camne…tapi maksudnya lebih kurang camtu ar..then ak pun cerita ar pasal Airbus…tentang Touluse, France yang mnjadi HQ Airbus….)
5. Do u have any question..? (em, time ni ak agak terkejut skit.."x kan tu je soalannyer..tanye la lagi….adeyh,pnat ak wat research byak2….haha…”em,ak nyer interview tu skejap jer…tapi tak perasan pulak berape minit..kira2 15 minit je kot…sbb skejap sgat….huhu…ok, ak pun tanye ar soalan2 yang yang interviewer tu sendiri pun x pasti jawapannya..ak kate takpe..ak pun dah bleh agak yang diorang pun x tau….)

Jadi, habis la interview ak…lpas tu tiba plak giliran Isham..ak pun bagi isyarat bgus kat dier, and kate “jgan risau ar..snang jer..” haha…ak pun tak tau ak nyer performance bagus atau tak,,sesukati jer ckap senang…then, lpas tu, lpak2 jap., then trus brambus gi Integomb untuk majlis graduasi keesokan harinyer..haha…pnat btul…tapi, agak seronok kot interview tu..tak tau ar ok ke tak..em, mintak2 ar ak leh dpat….huhu….

Wednesday, April 21, 2010

Geng - Musical Scene