Wednesday, December 29, 2010

Durian

Haha…aku sebenarnya saje je nak membalas post seseorang yang menanyakan tentang durian. Nampaknya beliau bukanlah seorang peminat durian seperti aku. Oleh kerana ingin membela nasib durian yang selalu didiskriminasi kerana baunya yang tidak seberapa itu, aku pun dengan berbesar hati ingin menulis artikel tentang durian.

Menurut Wikipedia:

The durian (pronounced /ˈdʊəriən/) is the fruit of several tree species belonging to the genus Durio and the Malvaceae family(although some taxonomists place Durio in a distinct family, Durionaceae). Widely known and revered in southeast Asia as the "king of fruits", the durian is distinctive for its large size, unique odour, and formidable thorn-covered husk. The fruit can grow as large as 30 centimetres (12 in) long and 15 centimetres (6 in) in diameter, and it typically weighs one to three kilograms (2 to 7 lb). Its shape ranges from oblong to round, the colour of its husk green to brown, and its flesh pale yellow to red, depending on the species.

Terjemahan Bahasa Melayu:

Durian merupakan tumbuhan dari genus Durio yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Ia banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.

Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Buah ini boleh membesar sehingga 30 cm (12 in) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya mempunyai berat antara satu hingga tiga kg (2 hingga 7 lb). Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih.

Haha..ini sekadar definisi sahaja. Rasanya semua orang tau pasal ni. Kalau tak, maknanya bukan orang Malaysia ar. Siapa yang tak tau pasal durian? Dikatakan sebagai raja buah-buahan, terdapat eksklusif di Malaysia, Indonesia, Brunei, dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain. Durian merupakan salah satu buah yang mengeluarkan bau yang sangat kuat, dan bagi orang yang tidak biasa dengan baunya, mungkin dianggap meloyakan ataupun busuk. Tapi, percayalah, rasanya memang menakjubkan. Bagi penduduk Malaysia terutamanya orang-orang kampung yang mempunyai dusun durian sendiri, sudah tentu bau ini tidaklah menjadi masalah. Malah, ada juga yang berpendapat bahawa bau durian sebenarnya sangat sedap. Ini bergantunglah kepada pandangan seseorang terhadap buah durian…

durian1


Rasa dan tekstur buah durian

cws-vips-eating-durian

Jika anda merupakan peminat durian, maka sudah tentu anda bersetuju jika saya katakan bahawa rasa durian memanglah sangat unik dan boleh dikatakan antara buah yang tersedap di dalam dunia ini. Jika anda tidak berpendapat sedemikian, maka anda bukanlah peminat durian yang sejati(haha..). Rasa durian yang manis, berkrim, lembut, berlemak dan macam2 lagi amat sukar untuk didapati dari buah-buah yang lain (sudah tentu ada sedikit perbezaan, bergantung kepada jenis durian yang dimakan). Berikut merupakan pendapat seorang naturalist British tentang rasa durian :

The unusual flavour and odour of the fruit have prompted many people to express diverse and passionate views ranging from deep appreciation to intense disgust. Writing in 1856, the British naturalist Alfred Russel Wallace provides a much-quoted description of the flavour of the durian:

“The five cells are silky-white within, and are filled with a mass of firm, cream-coloured pulp, containing about three seeds each. This pulp is the edible part, and its consistence and flavour are indescribable. A rich custard highly flavoured with almonds gives the best general idea of it, but there are occasional wafts of flavour that call to mind cream-cheese, onion-sauce, sherry-wine, and other incongruous dishes. Then there is a rich glutinous smoothness in the pulp which nothing else possesses, but which adds to its delicacy. It is neither acid nor sweet nor juicy; yet it wants neither of these qualities, for it is in itself perfect. It produces no nausea or other bad effect, and the more you eat of it the less you feel inclined to stop. In fact, to eat Durians is a new sensation worth a voyage to the East to experience. ... as producing a food of the most exquisite flavour it is unsurpassed.”

Ha, ini hanya pendapat seorang sahaja. Belum ditanyakan lagi pendapat2 pelancong luar negara yang datang ke Malaysia dan merasakan sendiri buah yang sangat eksotik ini. Rata-rata berasa teragak-agak ingin mencuba kerana baunya yang sangat pelik. Tetapi, setelah merasa sendiri, ramai yang akhirnya menyukai durian dan menjadi peminat durian.

Keunikan buah durian

1. Ramai yang tertipu dengan bau durian – Bau durian merupakan faktor utama kenapa ramai orang tidak berani untuk mencubanya. Ada juga yang rasa loya bila menghidu bau durian. Mungkin ini adalah reaksi semulajadi, atau mungkin kerana orang itu memang betul2 tidak menyukai durian. Tak banyak buah yang mempunyai sifat ini.

2. Berduri dan sukar untuk mendapatkan buahnya – Bayangkan kena menunggu buah durian gugur. Buah durian pulak bermusim dan tidak boleh didapati sepanjang masa (tapi ini mungkin berubah dengan kemajuan bioteknologi). Lepas tu, kena pulak dikopek kulitnya untuk mendapatkan isi didalam. Kalau nak yang mudah, beli je yang dah siap dibungkus di supermarket2.

4121523799_98241964e3

3. Fleksibel – Apa maksudnya? Maksudnya, durian ini juga boleh diubah menjadi bentuk makanan yang lain. Contoh paling mudah, tempoyak. Tempoyak ini pula boleh divariasikan kepada pelbagai hidangan. Tapi asalnya semua daripada durian. Kek durian, aiskrim durian, air durian (ade ker..?) dan macam2 lagi. Boleh juga dimakan bersama pulut dan roti. Kalau yang hardcore skit, makan dengan nasi pun sedap gak..haha..~

 

sambal-tempoyak

Tempoyak

PB257357

Kek durian

4. Buah yang berjaya menempatkan diri di signboard2 sekeliing dunia (kot) – Ok, ada tak buah-buah lain yang berjaya menjadi ikon di signboard2, terutamanya di hotel atau tempat-tempat awam yang lain, sebagai buah larangan ?Buah2 lain boleh masuk kecuali durian jer. Haha..tak ke unik tu..??

no-durian_20100216_aatheory

Kesimpulan

Kepada mereka yang masih belum mencuba durian, nasihat saya, cubalah sendiri. Anda pasti tidak akan menyesal jika mencubanya. Tapi, kalau ada yang betul2 allergic dengan durian, tak payah lah cuba ek…nanti sakit pulak.Haha….anyway, try it for yourself..!~

 

3841764065_99050fb1b1

Jom makan durian..!!hehe…~

3 comments:

  1. haha. gelak gulinguling aku baca kat fb td. pelik je. ape lah yg si shafiq neh tagged. ini ghupenye :D

    hahahaaa. terbaek lah. :DD
    walaocamne pon kau membanggakan raja buah neh, aku tetap xle makan.
    haha. shafiq si hantu durian. :P
    btw, thanx 4 d info. wee :D

    ReplyDelete
  2. haha..sukati ko ar..tapi buah durian tetap sedap..!!haha....tak boleh dikalahkan oleh buah2 yg lain...ngagaga..~

    ReplyDelete
  3. haha. tak sedap, bagi aku.
    buah mata kucing lg best :D

    ReplyDelete

Silakan komen...~