Saturday, December 18, 2010

Remaja….sedarlah..

Rain_man_02

Tatkala hujan renyai-renyai sudah mula menunjukkan tanda-tanda hendak berhenti, dan sambil-sambil menunggu download2ku untuk habis, ada baiknya jika aku gunakan masa ini untuk sedikit penulisan di blog ini. Maklumlah, sudah lama tak dikemaskinikan. Agaknya, kalau dah bermula semester kedua nanti, blog ini akan kembali lengang dan bersawang.

Satu perkara yang sudah lama teringin untuk aku menulis tentangnya, iaitu tentang orang-orang seperti aku. Siapa ? Remaja. Ya, remaja yang dikatakan (memang betul pun) akan memimpin negara, dan mungkin juga dunia, pada masa akan datang. Remaja yang dijaga dengan teliti, dan diberikan pelbagai kemudahan, semata-mata kerana memikirkan tentang masa depan dan cabaran yang bakal dihadapi oleh remaja setelah menjadi dewasa kelak. Tapi, adakah cukup apa yang dilakukan sekarang ini? Adakah remaja benar-benar menjadi seperti yang diharapkan? Ataupun adakah akhirnya dunia ini akan hancur kerana kesilapan remaja-remaja ini ?


disaster_relief


Baiklah, tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja di negara kita. Ya, di negara kita. Ada pepatah mengatakan, jika kita ingin melihat sesebuah negara pada masa hadapan, lihatlah pada remajanya.  Tapi, berdasarkan pemerhatian aku, remaja sekarang lebih merisaukan dan bakal membawa sesuatu yang buruk pada masa hadapan jika keadaan ini tidak berubah. Apakah keadaan ini? Pemikiran dan perbuatan remaja yang semakin tidak bermoral dan lebih-lebih lagi, tidak menurut ajaran Islam. Kita sedia maklum, di negara ini, banyak kes-kes jenayah, maksiat dan lain-lain yang majoritinya dilakukan oleh orang Melayu (kalau tak silap, mengikut perlembagaan Malaysia, orang Melayu = orang Islam). Jadi, apa sebenarnya yang tidak kena dengan remaja kini? Apa yang menyebabkan mereka bertindak tanpa memikirkan impak yang bakal dihadapi? Mengapa utamakan keseronokan dan kenikmatan semata-mata tanpa memikirkan kesan buruk yang bakal menimpa masayarakat? Baiklah, aku hendak menceritakan salah satu faktor, mungkin yang paling utama, yang menyebabkan berlakunya fenomena seperti sekarang ini. Apa faktor itu? Pengaruh !




Pengaruh rakan sebaya


sahabat21

Rasanya, tak perlu diceritakan lagi bagaimana rakan sebaya boleh mempengaruhi kita. Banyak, terlalu banyak kes-kes gejala yang dilakukan oleh remaja-remaja semata-mata atas dasar pengaruh rakan. Contoh paling mudah, rokok. Banyak remaja yang tahu akan bahaya merokok. Dah berapa banyak kempen dan iklan-iklan yang menunjukkan bahaya rokok. Tapi, masih ada juga yang merasa ingin mencuba-cuba. Mula-mula di’offer’ oleh rakan. Tak lama selepas itu, dah pandai untuk membelinya sendiri. Nampak gah, nampak ‘macho’ kononnya. Inilah pemikiran yang kurang rasional. “Ramai je yang merokok, kenapa aku tak boleh pulak?”, “ala, dia merokok ok jer…takde pape pon”, “ member kate best. aku try ar!”. Dan macam-macam lagi alasan yang diberikan. Cuba bayangkan kalau kita tidak ada seorang rakan pun yang merokok. Agak-agak, ada tak kita nak cuba merokok? Silap-silap, benci rokok lagi. Tapi, kadang-kadang, disebabkan beberapa orang je, kita boleh terpengaruh. Nampak betapa besarnya pengaruh rakan sebaya? Tak perlu banyak sangat, kadang2 yang merokok tu pun minoriti jer, tapi itu pun kadang2 boleh terpengaruh jugak. Contoh lain, ponteng sekolah. Rasanya, jarang sekali ada yang ponteng sekolah secara individu. Ada, tapi sangat jarang sekali. Yang selalu kita dengar, ponteng secara berkumpulan. Melepak kat tempat-tempat tertentu ( takkan melepak sorang2 je kot. Mesti la bosan kan? ). Ini pun disebabkan pengaruh rakan. Dan mungkin jugak ada satu perasaan ‘security’ bila buat ramai2. Ye la, kalau kena tangkap, bukan kena sorang2, kan? (kalau la semua kena tangkap. Dibuatnya yang lain lari laju, kau sorang je kena tangkap, susah jugak,kan?)

Pengaruh media


kidswatchingTV

Sangat-sangat merisaukan. Media zaman sekarang seolah-olah tidak mengambil kira apa yang bakal terjadi kepada ‘subjek’ mereka. Apa yang penting, duit masuk. Agak mengecewakan apabila media Malaysia sendiri sedang menuju ke arah itu. Semakin lama, semakin berani sekali pengarah2 dan produser2 di Malaysia mengeluarkan filem2 yang jelas2 menunjukkan unsur2 yang tak patut ditunjukkan secara umum. Tak perlu sebut nama filem2 tersebut. Dah terlalu banyak. Adegan-adegan menggairahkan dah jadi macam kebiasaan. Malah, rasanya tak lengkap filem kalau takde scene2 macam tu. Dulu, pegang2 tangan jer (yang ni pun dah haram dah kalau bukan muhrim), lepas tu, peluk2, dan seterusnya. Yang berlakon tu pulak bukannya orang lain, orang Islam. Mereka memang tau apa yang mereka buat itu salah, berdosa. Tapi, apa yang mereka kata? Ini salah satu komen yang diberi oleh salah seorang pelakon Malaysia (tak ingat siapa), lebih kurang macam ni, “Saya cuma mengikut arahan pengarah jer”. Kecewa betul bila dengar ayat ni. Siapa yang mencipta dunia ni ?Siapa yang bagi rezeki sebenarnya? Arahan siapa yang kita kena betul2 ikut? Allah ke, pengarah ..? Bila Allah tidak lagi ditakuti, maka arahan pengarah dirasakan lebih penting.

Apa kaitannya dengan masalah remaja sekarang? Baiklah, kita perhatikan. Apa yang mempengaruhi seseorang? Adakah manusia seperti komputer yang boleh di’program’kan mengikut kehendak kita? Adakah kita mampu menolak ‘input’ yang berlainan dari apa yang kita kehendaki? Tak boleh, bukan? Suka atau tidak, media memang banyak mempengaruhi kita. Jika baik media, maka baiklah pengaruh yang diberi oleh media. Jika tidak, faham-faham sajalah. Kerana terlalu banyak sangat dikelilingi oleh unsur2 negatif, maka seseorang akan lebih cenderung untuk melakukan perkara yang negatif.



Nasihat untuk para remaja


iluvislam11


Baiklah, aku bukannya hendak menunjukkan kepandaian atau kebaikan aku. Sekadar ingin meluahkan pendapat, dan berkongsi pandangan. Nasihat2 ini pun berdasarkan pengalaman2 aku, dan juga apa yang diberi oleh orang2 yang lebih dewasa dan berilmu.

1. Pelihara iman sentiasa.
Jangan lupa untuk menjaga iman yang telah Allah kurniakan dalam diri kita. Ingat, bagi Allah, iman ini sangat berharga. Jika manusia itu memiliki iman walau sebiji zarah pun, maka wajib baginya syurga. Syaitan juga menyedari akan harga iman ini. Jadi, merekalah yang sering berusaha men’curi’ iman dalam diri kita ini. Kebanyakan kita tidak tahu, dan mungkin tidak faham akan nilai iman ini. Oleh itu, amat sedikit yang berusaha untuk memeliharanya. Kita terlalu banyak memandang keuntungan di dunia, tanpa mengingati tentang sesuatu yang boleh menguntungkan kita di akhirat nanti. Jika kita sentiasa berusaha memelihara iman, insyaAllah, kita akan terhindar dari melakukan perkara-perkar yang mungkar.

2. Miliki jati diri seorang Mukmin
Jadilah seorang yang berdiri teguh atas satu asas yang sempurna. Apakah asas kita? Islam. Seorang mukmin yang sejati tidak akan mudah terpengaruh dan terbuai dengan tipu daya dunia. Dia tahu apa yang diberi oleh Allah itu sudah cukup untuknya. Dia tahu, jalan Islam itu adalah yang terbaik untuknya, dan seluruh alam ini. Dia tahu, Allah sentiasa mendengar keinginan dan rintihannya. Tidak perlu dia mencari cara lain untuk melepaskan ‘tension’ atau mendapatkan sesuatu yang diingini. Dia berusaha dengan cara yang betul, dan berserah kepada Allah. Dia tahu apa yang dingininya, kejayaan yang paling mutlak bagi dirinya adalh kejayaan di akhirat, tanpa mengabaikan dunia. Biarlah orang di dunia tidak meng’iktiraf’ kita. Biarlah kita hanya menjadi golongan minoriti. Asalkan, kita mengikut jalan yang benar, yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

3. Sentiasa berdampingan dengan orang yang berakhlak mulia
Tidak salah berkawan dengan semua orang, tetapi kalau boleh, biarlah kita ada teman2 yang dapat memberi kita sokongan dan nasihat apabila kita terlupa. Contohilah sifat2 mereka, dan janganlah cemuh mereka sekiranya ada kekurangan. Ingat, nobody’s perfect. Jadikanlah mereka sebagai role model, dan minta tunjuk ajar mereka. Jika dapat berdamping dengan ulama, maka itu lebih baik lagi.

Sebenarnya ada banyak lagi, tapi itu sahaja yang aku mampu tulis untuk kali ini. Ini sebenarnya satu peringatan untuk diri aku sendiri, agar sentiasa cuba memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik, insyaAllah. ~

No comments:

Post a Comment

Silakan komen...~