Sunday, May 23, 2010

Alhamdulillah….MARA sudah memanggil…~

Untitled

 

 

Haha..ok2, sementara berita ni masih tak ‘basi’ lagi, baik aku tuliskan di blog ini. Akhirnya, setelah sekian lama menanti, MARA telah pun mengeluarkan keputusan untuk permohonan PILN (Program Ijazah Luar Negara) 2010. Disebabkan aku ni bukanlah seorang yang sangat pintar atau berkebolehan seperti sesetengah rakanku yang mendapat pelbagai tawaran untuk tajaan (ada yang sampai dipanggil lagi untuk interview walaupun dah menerima tawaran yang lain), hanya MARA inilah yang aku sangat harap-harapkan (nampak sangat lah mendapat straight A+ tidak memberikan apa-apa kelebihan pun. Patutnya kementerian buat jer keputusan SPM yang menunjukkan markah, baru puas hati sikit..haha…). Tidak juga seperti sesetengah rakan-rakan yang disebutkan sebentar tadi, aku taklah mempunyai banyak pilihan sangat. Jadi, peluang yang ada ini terus aku ambil tanpa berfikir terlalu panjang, memandangkan aku memang mendapat tawaran kursus yang dipohon oleh aku. Alhamdulillah, Perancis memanglah negara yang aku impikan untuk menjejakkan kaki (tidak lupa tangan, muka dan seluruh tubuh badan aku) di sana.  Walaupun persediaan agak lama (kira-kira 20 bulan), tapi sesungguhnya persediaan yang rapi perlulah dibuat sebelum tiba ke negeri orang (oh, sebenarnye negara orang). Aku harapkan, semasa persediaan di Malaysian France Institute nanti, dapatlah aku mempelajari kemahiran2 yang diperlukan untuk hidup di luar negara nanti. Tidak lupa juga bahasa Perancis (termakbullah impian aku untuk mempelajari-atau menguasai sebenarnye, bahasa ketiga setelah selama ini hanya mengetahui dua jenis bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris – next target, Bahasa Arab..!). Walaupun setelah membaca beberapa blog student MFI yang mengikuti kursus Pre-France yang mengatakan kesusahan untuk belajar dalam bahasa Perancis, aku percaya yang itu akan menjadi pendorong untuk aku belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Maklumlah, semasa hendak menghadapi SPM pun, cara belajarku bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, Cara belajar yang kurang sistematik, mengikut mood dan terlalu banyak berangan-angan, aku rasa macam tak layak je mendapat 9 A+ semasa SPM tu. Tapi, inilah kuasa Allah, dia boleh memberi apa yang tidak disangka-sangka oleh hambanya, Malah, aku rasa ini juga salah satu cara Allah memberitahu bahawa aku tidak boleh mensia-siakan apa yang aku ada sekarang ini. Kebolehan dan pengetahuan yang sedia ada perlu dimantapkan dan ditambahkan lagi. Segala apa yang diberi oleh-Nya perlu aku gunakan sebaiknya untuk membantu umat Islam dan juga untuk membangunkan bangsa dan negara. Em, harap-harap juga aku dapat menggunakan kesempatan ni untuk mempelajari dan mendalami lagi ilmu-ilmu agama Islam dan terus mengukuhkan keimanan agar dapat menghadapi segala kesukaran dan cabaran yang bakal menemui aku di Perancis nanti. Ok2, nampaknya jari2 ku sudah mula keletihan (nampaknya aku perlu melatih lagi jari2 ini untuk menulis lebih panjang lagi), sampai sini sahaja lah post untuk kali ini, Sekian…  

No comments:

Post a Comment

Silakan komen...~