Wednesday, May 26, 2010

Fizik…dulu, kini dan masa depan

 physics_front

Ok, tiba-tiba terasa teringat dan teringin hendak menulis kenangan semasa mempelajari Fizik semasa di sekolah menengah dahulu. Fizik merupakan salah satu pelajaran yang menarik minat aku sejak dulu lagi. Semasa di menengah rendah pun aku selalu membaca buku-buku fizik tingkatan 4 dan 5 (walaupun pada masa tu memang aku sendiri pun tak memahami apa yang aku baca) dan minat itu terbawa-bawa sehingga aku mempelajari sendiri fizik semasa di menengah atas di SBPI Gombak.

Teringat semasa di tingkatan empat, pada waktu aku ingin menyesuaikan diri dengan kehidupan di sekolah berasrama penuh di samping  mempelajari pelbagai perkara baru yang sebelum ini tidak pernah aku ketahui, dan salah satunya ialah fizik. Cikgu Zekry, yang kini, semasa aku menulis post ini, telah pun berpindah dan berkhidmat di SM Sains Bagan Datoh, merupakan seorang guru fizik yang amat menarik. Cara pengajarannya yang agak lain dari yang lain membuatkan dia antara cikgu yang agak popular di sekolah. Walaupun kadangkala kami ( kelas aku semasa tingkatan empat iaitu 5 Ibnu Sina ) kadang-kadang tidak dapat memahami apa yang diajarkan atau kadangkala terkeliru dengan istilah-istilah aneh yang baru sahaja dipelajari, Cikgu Zek tanpa penat lelah mengulang topik itu sehingga kami betul-betul memahaminya. Memang aku agak mengagumi sifat Cikgu Zek yang sangat penyabar dan sangat tenang semasa menyampaikan apa yang hendak diajarkan. Sesungguhnya dia banyak berjasa dengan memberi input2 yang berguna dan asas-asas fizik yang sangat penting untuk menguasai matapelajaran fizik itu.

Tingkatan lima. Permulaan baru di tahun yang baru. Tidak lupa, cikgu fizik yang baru. Cikgu Saidah, seorang guru yang sangat berdedikasi dan mempunyai reputasi yang agak tinggi di sekolah itu. Siapa tidak tahu bahawa SBPI Gombak telah mencatatkan kedudukan pertamam dalam matapelajaran Fizik SPM setiap tahun sejak batch SPM yang pertama . Memang hebat dan boleh dikatakan luar biasa untuk memperoleh kecemerlangan seperti itu. Walaupun pada mulanya kami agak terkial-kial ( maklumlah, banyak yang kami masih tidak faham sepenuhnya atau masih ada konsep yang kami tidak dapat kuasai ), tetapi cikgu tetap tidak putus-putus mengajar dan memberi dorongan kepada kami (tidak lupa juga kutukan yang agak mendorong..hehe..). Aku rasa, cikgu Saidah lah yang telah sedikit sebanyak membantu menaikkan semangat batch Excell9. Walaupun aku sendiri tidak berapa rapat dengan cikgu (aku bukannye ketua fasi atau orang-orang yang berpengaruh dalam batch) tapi aku dapat rasakan yang memang cikgu betul-betul mengambil berat tentang batch kitorang. Aku sendiri pun terasa di’suntik’ dengan keyakinan oleh cikgu. Agaknya, cikgu memang mengetahui sifat aku yang agak pemalu dan tidak mempunyai keyakinan diri seperti rakan-rakan aku yang lain. Kadangkala, dia ada menyuruh aku menerangkan sesuatu kepada rakan-rakan yang lain. Tapi, aku hanya mendiamkan diri dan rakan-rakanku menyuruh orang lain untuk menerangkannya. Aku tahu yang kebanyakan mereka tak berapa menggemari aku untuk mengajar mereka. Banyak lagi orang lain yang lebih berpengetahuan dan dapat menerangkan dengan baik. Aku mungkin hanya dapat menerangkan untuk diri aku sendiri sahaja. Hmm…tapi takpe, pengalaman ini banyak mengajar aku erti kesabaran dan ketabahan. Aku mula mendapat keyakinan kembali semasa berada dalam kumpulan yang lebih kecil pada waktu menghampiri SPM. Kumpulan yang lebih kecil bermakna aku dapat memberi fokus kepada semua ahli tanpa mengabaikan seorang pun. Dan aku juga amat bersyukur dengan ahli-ahli kumpulan yang aku dapat.  Ok, konsep yang diperkenalkan oleh cikgu juga amat menarik, iaitu group tu diumpamakan macam adik-beradik, di mana ketua (atau fasi) dalam group tu merupakan abang/kakak sulung. Then, pelajar yang paling lemah dalam group ( lemah dalam fizik la ) ialah adik bongsu. Jadi, kena tumpukan perhatian sikit kat adik bongsu sebab dia perlukan lebih sedikit tunjuk ajar. Baiklah, ahli-ahli kumpulanku (atau ‘adik-adikku’) ialah, yang pertama, Nurul Hanis Jamaludin. Dia ni agak hebat ar sebab dia salah seorang pelajar yang membuat lompatan saujana. Tak ingat ar, tapi markah dia banyak meningkat. Ahli yang kedua, Amirul Iman. Ahli dorm aku. Dia ni seorang yang sangat rajin. Selalu jugak aku nampak dia mengulangkaji dan membuat latihan, terutama di dorm. Ahli yang terakhir, Nurain Amir, tutee aku.(tak tau la istilah ni ade ke tak. Senang cerita, aku ni tutor dia). Dia ni kira ok la jugak. Ada usaha untuk belajar, tapi rasanya kurang minat dalam fizik ni. Terpaksa lah aku cuba menjadikan fizik itu menarik untuk dipelajari olehnya. Haha..em, banyak kenangan-kenangan manis semasa belajar fizik ni. Tempat Makmal Fizik itu sendiri banyak menjadi saksi bagi peristiwa-peristiwa yang penting dalam batch. Ok, rasanya itu saja untuk kali ini. Sebenarnya, aku amat menanti-nantikan matapelajaran fizik di universiti nanti. Harapnya, dapat la aku menguasainya seperti di sekolah menengah…

No comments:

Post a Comment

Silakan komen...~